Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, April 3, 2011

Malaysia Negara ISLAM : Remaja DiKelab Malam

8 pengunjung kantoi di kelab 
KUALA LUMPUR – “Saya ambil pil ecstacy kerana tidak tahan dengan tekanan yang saya hadapi sejak tamat tingkatan lima."
Demikian pengakuan remaja yang dikenali sebagai Ani, yang ditahan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, di sebuah kelab malam di Taman Miharja, Cheras, awal pagi semalam. 

Katanya, dia mula terjebak dengan najis dadah itu selepas diberitahu oleh rakan-rakannya pil tersebut dapat menghilangkan tekanan mental. 

“Habis tingkatan lima, hidup saya tidak menentu. Masalah keluarga dan tekanan hidup menjadi punca segala-galanya,” katanya. 

Ani, 19, dari Sentul, bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat membeli belah terkemuka di ibu kota. 

Dalam Ops Noda tersebut, seramai 28 daripada 53 pengunjung, berumur 19 hingga 56 tahun, didapati positif dadah melalui ujian saringan awal air kencing. 

Ketua Unit Maksiat D7, Asisten Superintendan Shahrulnizam Jaafar berkata, pengurus, deejay, juru wang dan beberapa pelayan premis itu turut ditahan kerana positif dadah. 

“Kita juga menemui dadah jenis ketamin dan ecstacy, bertaburan. 

“Premis ini dipercayai jadi tempat edar dadah kecil-kecilan,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan. 

Beliau berkata, pemilik premis akan dikesan untuk dikenakan tindakan saman kerana membenarkan remaja bawah umur mengunjungi premis ini. 

Operasi yang berakhir hampir jam 8 pagi itu turut memberkas 14 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand, China, Indonesia dan Vietnam. 

Semua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk siasatan. SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular