JKKKP diminta elak ketirisan bantuan kerajaan
BUKIT MERTAJAM 13 Mac - Kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) diingatkan supaya membuat penelitian sebaiknya bagi memastikan program bantuan Kerajaan Pusat disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak menerimanya.
Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata, JKKKP memainkan peranan sangat penting untuk mengenal pasti golongan yang wajar diberi bantuan dari semasa ke semasa.
Ini kerana katanya, sistem penyampaian kepada masyarakat perlu diselaras dengan baik dan mengelakkan timbul sebarang masalah di kalangan masyarakat sendiri.
"Kita tak mahu ada rungutan atau cakap-cakap belakang sekiranya JKKKP gagal menyalurkan bantuan kerajaan kepada pihak sepatutnya seperti bantuan perumahan atau pertanian.
"JKKKP kena belajar dari kesilapan sebelum ini misalnya ada penerima yang ada kemampuan tetapi tiba-tiba dapat bantuan rumah," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan kecil pertanian oleh Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) di Permatang Pauh kelmarin.
Turut hadir Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang negeri, Rosli Hanar Mansor dan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Kampung Pelet, Mohd. Hakimi Mohd. Arif.
Tambahnya, amanah yang dipegang oleh JKKKP itu perlu ditunaikan sebaiknya agar tidak dipersoalkan oleh masyarakat.
Dalam pada itu, sebanyak 19 petani sekitar kawasan ini menerima bantuan sebanyak RM5,260 setiap seorang membabitkan peruntukan keseluruhan bernilai RM100,000 yang disalurkan MPPP.
Antara projek pertanian tersebut termasuklah ternakan ayam piru, lembu, rusa, puyu Siam dan ikan keli, tanaman tebu, pisang berangan dan limau kasturi serta memproses makanan sejuk beku, roti serta kuih tradisional.
Abdul Jalil yang juga Pengerusi MPPP Permatang Pauh turut mengingatkan penerima agar menggunakan peruntukan yang diberi untuk memajukan projek mereka dan sentiasa mencari peluang pasaran baru bagi meningkatkan taraf ekonomi.
"Kita galakkan peserta mencari projek-projek baru yang mampu berdaya saing serta memberi pulangan lumayan kepada mereka," katanya.
"Pada masa sama MPPP akan memantau prestasi projek setiap peserta melalui borang pemantauan dan laporan prestasi setiap peserta," katanya.[Utusan Malaysia]
Monday, March 14, 2011
TOP Ten Minggu INI
-
Tak sangka pula ada acara baru dalam Sukan Malaysia (SUKMA) kali ini. Acara rogol bergilir-gilir. Itulah hakikat yang kita perlu telan kali...
-
by pria malaya Isu YB Teo masuk perkarangan Masjid: Lagi Umno menunjukkan kejahilan mereka...
-
Merlimau adalah sebuah pekan yang terletak di tengah perjalanan antara Bandaraya Melaka dan Bandar Muar , Johor . Jaraknya adalah kira-...
-
Anak Mahathir antara 3 Melayu terkaya di Malaysia KUALA LUMPUR: Anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, Mokhzani Ma...
-
Kita sudah mendengar desas-desus tentang pilihan raya dan bermacam-macam kemungkinan lagi. Yang terbaru ialah ialah khabar angin kononnya Pe...
-
Nazri marah Transparency International sebab kata 'mee segera' rasuah ... hahaha
-
Apa sahaja perlawanan yang berlaku pastinya ada yang kalah dan ada yang menang. Di dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau 6 Mac yan...
-
Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya...
-
BIK MAMA MEMALUKAN KITA SEMUA MENGAPALAH gatal sangat mulut Bik Mama ni nak bercakap? Kalau tak tahu apa-apa lebih baik diam, sekurang-kura...
-
KUALA TERENGGANU - Hanya tinggal kira-kira dua puluh peratus bukan Islam yang masih tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, selebihnya sud...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??