Salam Sejahtera...
Sebentar tadi sempat seketika melihat ucapan terakhir Presiden PAS membahas ucapan perasmian yang diPertuan Agung di Parlimen, salah satu mengenai saman ekor, tujuan saman itu ialah untuk mendidik rakyat, itu yang sepatutnya, bukan mendera rakyat,,
Kenapa ekor sahaja yang nak di saman.... Kepala kenapa tak disaman.!!!!
Cuba perhatikan gambar di bawah ni,, boleh percayakah dengan saman ekor,,
GURU agama, Abdul Wahab Tampal menunjukkan saman trafik dan notis yang diterima di samping motosikal Honda 70cc-nya ditemui dirumahnya, di Kampung Telok Durian, Kupang, Baling, Kedah 14 Mac. Dia disaman kerana memandu motosikal melebihi had laju di Jalan Alor Setar-Butterworth tiga tahun lalu. - Utusan/AZMAN MD NOOR
TERKINI
Guru agama disaman bawa motosikal lebih had laju
14/03/2011 4:03pm
BALING 14 Mac – Seorang guru agama yang kabur mata kiri terkejut apabila menerima saman trafik atas kesalahan menunggang motosikal melebihi had laju di Km 46 Jalan Alor Setar-Butterworth, tiga tahun lalu.
Abdul Wahab Tampal, 65, yang mengalami masalah kabur mata kirinya berkata, selain tidak pernah melakukan kesalahan melebihi had laju itu, dia juga tidak pernah melalui jalan tersebut selama ini.
Dia yang hanya mampu menunggang motosikal tidak sampai 10 km di sekitar tempat tinggalnya di sini, hairan bagaimana dia boleh dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa antara 90 hingga 250 kuasa kuda.
Sedangkan, kata Abdul Wahab, dia hanya mempunyai motosikal Honda berkuasa 70cc dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal itu kecuali ke masjid atau ke rumah saudara berdekatan.
"Saya hanya menunggang motosikal buruk berkuasa 70 cc sahaja itupun di daerah ini sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini hari ini.
Dalam notis saman yang diterimanya, Abdul Wahab didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PEX 9314 dan melakukan kesalahan tersebut pada 10 September 2008, kira-kira pukul 7.30 pagi. - Utusan