Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 8, 2011

Perkasa tidak bertanding PRU

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkas Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sekali lagi menegaskan bahawa pertubuhan tersebut tidak akan terlibat dalam politik apatah lagi bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Katanya, tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar pertubuhan tersebut untuk bertanding pada PRU sebagai sikap ego dan riak segelintir pemimpin Barisan Nasional (BN). 

Menurutnya, jika BN masih mengekalkan pemimpin yang tidak mempamerkan sikap berhemah, tidak menerima pandangan orang lain dan ego, tidak mustahil rakyat akan menolak kerajaan yang ada pada masa ini. 

“Perkasa memang tidak sehebat Mohamed Nazri di kawasannya di Padang Rengas tetapi Perkasa ada sedikit undi daripada ahlinya yang boleh menentukan masa depan politik Nazri dan BN. 

“Dalam kerajaan ada dasar keterbukaan, jika tidak bersetuju tidak perlu untuk membuat cabaran sedemikian sedangkan beliau tahu Perkasa bukan parti politik,” katanya. 

Terdahulu, Nazri mencabar Perkasa bertanding dalam pilihan raya di kerusi yang disandangnya iaitu Padang Rengas kerana Perkasa menolak cadangan untuk memansuhkan ruang perkenalan bangsa di borang-borang yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan dan swasta. 

Mengenai kemenangan BN di Kerdau dan Merlimau, beliau berkata, yang penting sekarang ialah sejauh mana BN boleh mengekalkan sokongan itu dan merebut kembali kerusi-kerusi yang dipegang parti pembangkang. 

Menurutnya, BN perlu bekerja lebih keras dan mengelak daripada terlibat dalam isu yang boleh menaikkan kemarahan rakyat seperti saman ekor dan kenaikan harga barang. 

“Walaupun ia fenomena dunia, kalau dapat ditangani dengan baik oleh BN, saya yakin kerusi yang hilang akan kembali kepada BN,” katanya. - SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular