Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, March 6, 2011

Pemuda Umno- BN buat kecoh di prk Merlimau

Kekecohan dalam prk Merlimau tercetus malam tadi di Kampung Chin Chin di hadapan tempat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Chin Chin gara -gara tindakan SPR yang mengarahkan supaya khemah yang didirikan yang jaraknya 50 meter daripada pusat pembuangan undi kepunyaan Pas dipunggah.



Pihak SPR sendiri yang memunggah khemah yang didirikan pihak Pas yang mendapat bantahan pekerja parti.Kejadian berlaku kira-kira jam 12 malam dan berakhir jam 2 pagi tadi.


Apa yang lebih menjadi kelam kabut ialah tindakan pihak Umno-Bn membuat provokasi kotor dan macam-macam budak-budak tadika saja layaknya di hadapan penyokong Pas di seberang jalan .Mereka melaungkan ini bukan Penang..balikla!, Ini Tanah Melayu!, Ini bumi Hang Tuah! Mana Pemuda Pas! tak nak buka khemah, nanti kami bukakkk! Kebanyakkan pemuda Umno yang berlagak samseng itu daripada Selangor kerana baju T.Shirt yang mereka pakai tertera Pemuda BN Kelana Jaya. Pihak FRU turut hadir bagi mengawal ketegangan yang dicetuskan puak Umno-Bn yang berakhir tanpa sebarang kejadian yang tak diingini.

Pihak SPR pula buat undang-undang baru dalam pilihanraya kecil kali ini dengan tidak membenarkan kenderaaan yang mengangkut pengundi daripada menampal lambang parti pada kenderaan .Hanya warna hijau dan biru saiz A4 saja dibenarkan diletak pada kenderaan..Selamat Mengundi kepada para pengundi di Merlimau dan Kerdau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular