Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 8, 2011

PAS Kelantan kekal haram judi termasuk loteri kebajikan

KOTA BARU, 7 Mac – Kerajaan PAS Kelantan tetap mempertahankan pendiriannya mengharamkan segala bentuk perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri tidak akan berganjak dengan keputusan itu kerana perjudian bagi setiap agama tidak pernah diterima oleh penganutnya.


Sehubungan itu, beliau menjemput Pengerusi DAP, Karpal Singh, untuk dating ke Kelantan dan melihat sendiri bagaimana sistem pemerintahan Islam yang diamalkan termasuk mengharamkan judi dapat menjamin kesejahteraan rakyat dan menghalang masalah sosial daripada berlaku.

Takiyuddin turut mempelawa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan ahli jawatankuasa pusat parti itu, Datuk Ti Lian Ker untuk berdialog berhubung pengharaman penjualan tiket loteri Big Sweep.
“Kita tidak boleh berkompromi terhadap perjudian yang mana agama lain turut mengharamkannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 28 Februari lalu, pihak berkuasa tempatan menyaman dua pemilik kedai buku di negeri ini kerana menjual tiket loteri menyebabkan timbul dakwaan bahawa Kerajaan PAS Kelantan menidakkan hak penganut agama lain di negeri ini.

Ekoran pengharaman itu, Karpal mendesak Kerajaan PAS Kelantan supaya menarik balik pengharaman itu memandangkan ia dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-undang kerajaan persekutuan dan Kelantan tidak terkecuali.

Sementara itu, Dr Chua seperti dilaporkan sebuah akhbar hari ini berkata, MCA akan membawa isu tersebut ke mahkamah sekiranya PAS Kelantan masih bertegas untuk mengharamkannya.

Takiyuddin berkata kerajaan PAS Kelantan tidak dapat menghalang tindakan undang-undang MCA dan bersedia menghadapi apa jua cabaran. – Bernama
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Petikan dari surat tahun 1953 dari  Pejabat UMNO Bahagian Jelebu, N9 kepada pejabat HQ UMNO di Johor Bharu ,Johor Darol APCO UMNO

"Dengan hormatnya di maklumkan di dalam sarong yang lain ada saya kembalikan 171 (satu ratus tujoh puloh satu helai) tiket LOTERI UMNO iaitu baki yang tidak dapat dijualkan di bahagian ini.

Diharapi tuan terima, dengan ini jadilah baki tiket yang di dalam tangan saya lagi 799 

sunggoh pun tiket ini belum habis lagi diterima daripada mereka yang menjual tetapi boleh dianggap tiket ini telah laku dan saya bertanggungjawab seperti yang dinyatakan di dalam telegram tuan yang saya terima baru-baru ini."


Artikel Berkaitan :

1. What the Bible says about gambling.
2. What Hinduism and Buddhism say about gambling.
3. Statement on gambling in Kelantan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular