Grab the widget  IWeb Gator

Monday, March 14, 2011

Hey Pak Menteri, Berani Nafikan Kewujudan Jabatan FLOM? Ini APA???

Blog edyesdotcom sebagai blog pertama yang mendedahkan Pejabat FLOM (sila klik di sini untuk melihat rentetan bagaimana Bahagian FLOM dibongkar), terasa tercabar dengan penafian oleh seorang pak menteri yang mengesahkan Bahagian FLOM adalah tidak wujud. Di bawah adalah petikan berkaitan sumber daripada agensi berita TV Selangor;




Nazri juga mengesahkan jabatan itu tidak pernah wujud. Kenyataan Nazri itu menimbulkan pelbagai kekeliruan dikalangan rakyat apabila FLOM sebelum ini dilihat menghiasi laman web rasmi perdana menteri.
 
Pak menteri janganlah berdalih-dalih dalam menegakkan benang yang basah. Mengapa begitu berani berbohong kepada rakyat jelata apabila telah jelas dan terang bahagian FLOM diwujudkan khas untuk wanita pertama negara. Namun agak malang bagi kita kerana wanita pertama yang dimaksudkan bukanlah merujuk kepada Permaisuri Agong, tetapi diperuntukkan kepada isteri Perdana Menteri. Malaysia Negara republik ?
 
Apakah wujud atau tidak bahagian FLOM? Jika wujud mengapa nafikan? Jika tidak wujud, mengapa terbongkar sedikit demi sedikit sehingga ada pengakuan dalam perbualan telifon?
 
Awalnya, dapat dibuktikan dengan satu jadual dalam laman rasmi JPM yang menunjukkan Bahagian F.L.O.M adalah sebaris dengan beberapa bahagian dan pejabat yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri. Antara bahagian yang dilihat sebaris dengan bahagian FLOM termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.
 
Saya telah bicara dengan panjang lebar berkenaan isu FLOM sebelum, dan berikut adalah link-link yang mendedahkan FLOM Division;




Sungguh berani pak menteri itu menafikan perkara yang sudah terbukti! Dengan kelaku pak menteri ini, ia menambahkan lagi rentetan-rentetan penipuan besar menteri UMNO dan Barisan Nasional terhadap rakyat!! Umpama sudah terang lagi bersuluh !

 
EDYES @ edyesdotcom
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular