Seperti yang dijanjikan sejak awal pagi tadi [Blogger UMNO], tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk ReJaM© mendedahkan gambar blogger UMNO yang mengaku memperjuangkan Islam, memperjuangkan kebenaran, namun rupa-rupanya kaki togok arak.
Kepada blogger yang dimaksudkan, ReJaM© nak tanya dengan ikhlas, di mana kamu berada pada saat artikel di bawah ini dituliskan? Di mana kamu menunaikan solat maghrib dan isyak? Di masjid? Surau? Atau di kedai arak? Semasa kamu menulis kalimah Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar seperti di bawah ini, kamu masih sedar atau sudah mabuk kerana banyak sangat minum air kencing setan?
Lain kali kalau dah tau mabuk pekena air kencing Setan, jangan sibuk nak tulis nama Allah, jangan sebok nak berlagak jadi pejuang Islam. Minumlah banyak-banyak mabuklah sampai mampos, jerit kuat-kuat Beer End! Beer End! Take Beer! Tak Beer!. Kalau kamu tak mabuk masa tulis Allahuakbar, takkan tak sedar orang ambil gambar betul tak?
Di bawah ini gambar yang dimaksudkan, kita dedahkan pelan-pelan, jangan gopoh-gopoh. Biar semua buka mata, inilah pejuang islam yang diupah oleh UMNO BN untuk memaki hamun Ulama, melemparkan fitnah jahat setiap hari di alam cyber. Inilah gaya pejuang Islam gerombolan songkok tinggi.
Nantikan pendedahan jig-saw puzzle yang seterusnya. Baca juga dari blog salah seorang pemegang Puzzle seterusnya [edyesdotcom]
ReJaM© "Pejuang Islam ke pejuang botol arak?"
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/gambar-blogger-umno-bersantai-dengan.html#ixzz1HxOEi9lN