WarkahDaily, 28 Mac – Dulu kemain seronok duk ngacau negeri pilihan rakyat. Seronok dapat rampas kerajaan..sekarang depa sedang berhadapan masalah. Masalah dalaman pulak tu.
Nazri berkeras tidak mahu minta maaf.
Allah takdirkan, Nazri Aziz selaku MP Padang Rengas akan ganggu Zambry. Terkedu Zambry yang kurang pengalaman untuk menyelesai masalah dalaman yang melanda. Sehingga kini, Zambry masih lagi terkedu, tak reti nak buat apa...nak marah Nazri takut itu adalah arahan Najib, nak setuju dengan Nazri, takut pulak MIC sabotaj dalam pilihanraya akan datang.
Kelmarin, Datuk Seri Nazri Abd Aziz telah meminta semua kerusi MIC diserahkan kepada Umno kerana ia akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) boleh kalah dalam pilihanraya akan datang. Cadangan itu dibuat dalam temubual dengan sebuah akhbar Cina. Baca laporan berkaitan di sini.
Tak semena-mena, BN Perak berhadapan kemelut buruk antara komponennya.
Kenyataan Nazri timbul kemarahan parti komponen, minta Nazri mohon maaf
Cadangan Nazri itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan kemarahan dari pemimpin MIC dan MCA kerana ia akan menggugat kedua-dua komponen BN itu sehingga ada di kalangan mereka Nazri menarik balik cadangan itu dan meminta maaf.
Nazri dikatakan tidak mahu berganjak dengan kenyataannya itu dan ada laporan media menyebut bahawa Nazri telah mencabar MCA keluar daripada Barisan Nasional (BN) jika tidak bersetuju dengan gabungan itu namun beliau nafikan cabaran itu dibuatnya.
“Mungkin wartawan menulis kenyataan saya itu keliru dengan maksud saya,” kata Nazri pada sidang media sempena program pemantapan JKKK Parlimen Padang Rengas, di kem PLKN Desa Rimba, kelmarin.
Nazri berkeras tidak akan minta maaf
Nazri yang yang juga menteri di JPM kelihatan berkeras dengan kenyataannya yang menimbul kemarahan MIC dan MCA itu.
Menurut laporan media, beliau dikatakan tidak mahu memohon maaf kerana ia adalah kebebasan bersuara dan menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu supaya pengagihan kerusi MIC di Perak.
“Jika benarpun saya ada mengeluarkan kenyataan seperti itu, mereka harus menerimanya secara terbuka kerana ia adalah pandangan peribadi saya dan saya juga tidak akan melenting jika mereka mengeluarkan sebarang kenyataan dengan menganggap hubungan MCA dengan UMNO sebagai suami isteri.
Zambry membisu, Kayveas tolong cakap
Kayveas dilihat sekata dengan Nazri.
Pengerusi PPP, Datuk Seri Dr M Kayveas berkata, kemelut berhubung agihan kerusi itu perlu diserahkan kepada Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selaku pengerusi BN Perak. Namun setakat ini, Zambry masih lagi membisu kerana masih lagi terkedu dengan cadangan Nazri Abd Aziz, takut-takut ianya adalah cadangan daripada pihak atasan yang menggunakan Nazri sebagai pengantara.
Walaupun meminta pelbagai pihak menyerahkan kepada Zambry membuat keputusan, Kayveas dilihat mengeluarkan kenyataan berlapik dan kelihatan berpihak kepada Nazri.
Menurutnya, dalam pemilihan calon pelbagai aspek akan diambil kira kerana pengalaman lalu harus dijadikan pengajaran terbaik agar tidak berlaku kekalahan.
Kayveas berkata, dalam perkara itu semua pihak ataupun mana-mana individu berhak menyatakan pandangan masing-masing untuk kebaikan bersama.
“Saya rasakan kenyataan Nazri itu lebih bersifat pandangan peribadi yang mempunyai banyak pengalaman,” katanya.
Awal-awal lagi Zambry dah minta rayuan
Patutlah awal-awal lagi Zambry telah merayu pelbagai pihak dalam BN agar menerima siapa sahaja calon yang bakal diketengahkannya dalam pilihanraya nanti dan tidak pula melakukan sabotaj terhadap calon itu.
Rupa-rupanya Zambry dah tahu, masalah agihan kerusi ini bakal meletup bila-bila masa. Kerana kenaifannya menjadi ketua BN di Perak, banyak masalah tidak dapat diselesaikan. Pengalaman cetek dan masih muda dalam selok-belok perkembangan politik menyebabkan banyak pihak dikatakan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinannya.