Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, March 6, 2011

Dakwaan beli undi, MP DAP buat laporan polis

Ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him membuat laporan di balai polis Merlimau, mendakwa pada jam 11.45 pagi tadi, dia telah dimaklumkan oleh penyokong PAS dan DAP bahawa ada orang yang memberi wang RM100 di sebuah rumah dekat dewan serbaguna di Permatang Bukit Merlimau .


NONE
Dalam laporan polisnya itu, Sim berkata, dia bersama seorang jurugambar akhbar China Press dan dua orang lagi, telah pergi ke rumah tersebut untuk mengetahui apa yang berlaku di situ.

Beliau mendakwa, dia mendapati seorang ahl majlis dari MCA dan tiga orang lagi, sedang memberi wang kepada pengundi.

Jurugambar tersebut mengambil beberapa gambar, tetapi dipaksa memadamkannya.

Bagi mengelak perkara tidak diingini, kata Sim, dia meminta jurugambar itu memadam gambar-gambar tersebut. Dia kemudiannya beredar dari situ dan membuat laporan polis.

Sim berkata, dia menganggapnya sebagai perbuatan membeli undi dan merupakan satu kesalahan melanggar peraturan pilihan raya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular