Grab the widget  IWeb Gator

Monday, March 14, 2011

Bila Pak Jaga Parlimen Bersuara...

Panggilan itu adalah satu gelaran tidak rasmi yang tidak berasaskan kepada sebarang peruntukan perundangan tetapi berasaskan kepada amalan dan kelaziman yang biasa.

"Ini adalah amalan lama dalam politik antarabangsa. Sebagai contoh di United Kingdom, Ratu Elizabeth bukan dianggap Wanita Pertama kerana beliau digelar sebagai Ratu.

Wanita Pertama ialah isteri kepada Ketau Eksekutif iaitu isteri Perdana Menteri. Begitulah juga seperti yang berlaku di negara Jepun," katanya - BERNAMA.

***************

Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong seperti berikut:

"32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya.

(1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.

(2) Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.

(3) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima tahun tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Majlis Raja-Raja, atau dipecat dari jawatannya oleh Majlis Raja-Raja dan hendaklah terhenti daripada memegang jawatan apabila terhenti daripada menjadi seorang Raja.

Nasib lu.... la Rosmah oooiiiiii.... pompuan gila glamour...!!!!
Lepas nih.. boleh ambil gelaran Yang Teramat Mulia Raja Permaisuri Agong pulak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular