Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, March 16, 2011

Akhirnya mereka berjaya menidakkan p/raya Kota Seputeh....


Tiada PRK mulai April 
SHAH ALAM - Pilihan raya kecil (PRK) tidak akan diadakan dalam tempoh dua tahun sebelum berakhirnya sesi sidang Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada setiap penggal.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kekosongan kerusi sama ada kematian penyandangnya atau peletakan jawatan tetap tidak akan dilakukan sebagaimana dalam Perlembagaan.

“Jika berlaku kematian, peletakan jawatan, hilang kelayakan atau sebab-sebab lain bagi seseorang penyandang, PRK tidak boleh dijalankan kerana ia telah termaktub dalam undang-undang.

“Misalnya, jika tarikh persidangan pertama Parlimen selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU ke-12) pada 28 April 2008, maknanya tempoh akhir penggal pilihan raya itu akan berakhir 28 April 2013. Jadi, tempoh dua tahun itu dikira dari 28 April 2011 hingga 28 April 2013,” katanya.

Menurutnya, jika dalam tempoh itu berlaku kekosongan kerusi, parti yang menang bertanggungjawab memantau dan menjaga kebajikan pengundi dan rakyat di kawasan berkenaan.

“Parti yang menang di kawasan itu berkuasa memantau walaupun tiada ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), malah kawasan itu juga terletak di bawah tanggungjawab kerajaan negeri,” katanya.

Abdul Aziz berkata, kebanyakan persidangan peringkat DUN selepas PRU 2008 dijalankan pada bulan April.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tarikh akhir bagi PRK bagi kerusi Parlimen adalah pada 28 April ini kerana Dewan Rakyat bersidang kali pertama selepas PRU-12 pada tarikh itu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, tarikh akhir bagi mengadakan PRK untuk DUN berbeza kerana kali pertama setiap DUN bersidang pada tarikh berlainan mengikut negeri masing-masing.

Menurutnya, artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa PRK perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen.

Bermula tahun 2008 hingga 2011, sebanyak 16 PRK dijalankan bermula di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang hingga di DUN Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau pada 6 Mac lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular