Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, March 6, 2011

Ada siapa terkejut PAS kalah di Kerdau Dan Merlimau?

Keputusan  rasmi Pas tewas di kerdau dan Merlimau. Sejak awal-awal lagi Pas meletakkan peluang yang agak sukar untuk menang di Kerdau dan Merlimau. Habis tu kenapa Pas bertanding? Suara ini bukan datang bukan sahaja daripada luar Pas tetapi kedengaran dari dalam Pas sendiri yang 'separuh masak' dengan perjuangan Pas.

Kalah menang bukan matlamat utama Pas, tetapi keredhaan Allah yang dicari selain daripada meneruskan kesinambungan perjuangan yang dibawa oleh Nabi SAW.

Kalau kekalahan diukur sebagai kegagalan Pas, maka Nabi Nuh a.s gagal, Nabi Ibrahim as gagal malah Nabi SAW sendiri gagal kerana bapa saudara yang amat dikasihi baginda sehingga akhir hayat tidak beriman kepada Allah SWT.

Penyertaan Pas adalah misi dakwah selain menyampaikan suara rakyat serta membuat 'check and balance' supaya Umno/BN tidak melakukan tindak tanduk beraja di mata dan bersultan di hati dalam mentadbir negara. Penyertaan Pas dalam pilihanraya sama ada PRK atau PRU menyebabkan rakyat tahu segala bentu skandal, pembohongan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Umno/BN.

Selain itu juga Pas turut mencapai kejayaan besar apabila konsep 'Memasyarakatkan Pas' yang dipopularkan oleh Almarhum Ustaz Dato Fadzil Noor diterima baik dengan penjenamaan semula melalui slogan 'Pas For All'. Siapa terfikir perjuangan dan wadah Pas diterima dengan sambutan hebat penduduk Cina, India dan bangsa lain di negara ini? Bukankah itu satu kejayaan besar kepada Pas?

Satu aspek perlu diperhatikan undi tradisi Pas di Merlimau dan Kerdau tidak terjejas. Senario PRU dan PRK adalah jauh berbeza. Masa depan Pas cukup cerah dan bersinar. Kepada semua lapisan dalam Pas teruskan perjuangan dan iltizam. Tidak ada istilah kalah dalam kamus pejuang Pas. Yakinlah janji Allah pasti benar, lipat gandakan perjuangan, doa dan gerak kerja untuk memenuhi syarat dan janji Allah SWT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular