Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 6, 2011

Noh Omar tolak tapi Khir Toyo pula sokong..



Dua berita mengenai pinda perlembagaan yang disyorkan oleh Khalid Ibrahim MB Selangor yang disiarkan di bawah ini menunjukkan kepada kita memang wujud ketidaksefahaman antara Noh Omar dan juga Khir Toyo..


Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata Barisan Nasional (BN) Selangor menolak usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mahu meminda perlembagaan negeri berikutan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri..


Manakala Khir Toyo pula berkata Barisan Nasional Selangor akan menyokong cadangan pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh Khalid Ibrahim tetapi ianya bergantung kepada apa yang akan dipinda, jika pindaan itu memberi kebaikkan kepada Tuanku Sultan, Barisan Nasional Selangor akan menyokong.


BN tolak usul pinda perlembagaan
Barisan Nasional (BN) Selangor menolak usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mahu meminda perlembagaan negeri berikutan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak perlu dipinda kerana ia telah diamalkan sekian lama dan tidak timbul sebarang masalah kepada kerajaan terdahulu terhadap pelantikan pegawai tertinggi kerajaan negeri yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Apa yang berlaku sekarang adalah kerana kerajaan Pakatan Rakyat memainkan isu pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru demi survival politik mereka dan untuk memuaskan nafsu dan kehendak pentadbiran PR yang didalangi oleh DAP,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kata beliau, untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah lupa daratan dan gila kuasa sehingga terlupa bahawa pindaan terhadap Undang-undang tubuh tersebut perlu mendapat sokongan dua pertiga yakni 38 undi sedangkan anggota mereka miliki cuma 35 orang.

“Maka dengan itu saya berpendapat cadangan tersebut adalah lebih kepada emosi dan tak dilakukan secara bijaksana.

“Saya melihat apa jua tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersabit dengan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor adalah mainan politik untuk meningkatkan populariti mereka menjelang pilihan raya umum ke-13.- berita penuh sila baca di SINI


BN may back MB to amend constitution, says KhirSyed Jaymal Zahiid January 6, 2011

KUALA LUMPUR: Former Selangor Menteri Besar Dr Khir Toyo said today the state’s Barisan Nasional (BN) lawmakers may back its rivals move to amend the state constitution.

“Depending on what they amend. If we see that the amendments is good and favourable to Tuanku (Sultan), we may back it,” the former Selangor opposition chief and Sungai Panjang assemblyman told FMT.

Khir’s statement came just after BN’s Selangor deputy liaison chief, Noh Omar, hinted at snubbing any such move by Pakatan Rakyat.

Nevertheless, Khir’s statement may give current Menteri Besar Khalid Ibrahim a glimpse of hope to solve the state’s constitutional crisis involving his Pakatan administration, the BN-led federal government and the Selangor palace.

The impasse was triggered by Putrajaya’s move to appoint its man, former Selangor Islamic Religious Department, Khusrin Munawi, as the state secretary.

The conservative Khusrin is known to be at odds with the Pakatan government, but his appointment was consented by Sultan Sharafuddin Idris Shah amid Khalid’s insistence that the move was unconstitutional.- full article please read here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular