Oleh: Pria Malaya
Sah, baka Umno bukanlah baka yang berani berdepan secara jantan..mereka berdegar-degar di depan rakyat menerusi media kononnya mereka adalah 'bangsa' yang berani, pejuang rakyat dan tidak gentar dengan lawan..
Namun, ternyata mereka adalah bangsa hipokrit..penulis yakin ramai dikalangan penyokong Umno khususnya Umno di bahagian Larut, kecewa dan hampa dengan pemuda Umno bahagian itu..
Apa tidaknya, beberapa hari sebelum berlangsungnya debat ini, beberapa blogger pro-Umno yang sudah mempromosi debat ini..antaranya blog 'mataharisayang.blogspot.com'..
"Justeru saya amat berharap agar sebuah perdebatan yang berkualiti ditampilkan untuk santapan warga Larut dan Selama khasnya dalam suasana persaudaraan dan perpaduan yang tinggi. Kekalkan keharmonian kawasan kita yang selama ini cukup terpelihara.Semetara sebuah lagi blog pro-Umno, 'Taiping Mali' menyiarkan:
Pemuda UMNO Perak juga diseru supaya turun ke gelanggang menyokong acara ini sekali gus membuktikan kepada anak-anak muda di sini bahawa suara mereka juga didengar oleh pimpinan atasan.
Kepada warga Selama, ayuh kita berkumpul di Dewan Serbaguna MDS dan tunjukkan kepada rakyat negara ini bahawa politik kita sentiasa mementingkan nilai-nilai perpaduan dan persaudaraan yang tinggi, insya-Allah."
"Debat Pas Umno (Larut)..Jangan lupa penduduk Selama Perak terutama orang Parlimen Larut agar dapat menyokong pasukan masing-masing, bukan bola sepak tetapi debat Ketua Pemuda Umno Larut dan Ketua Pemuda Pas Larut. Debat akan diadakan di Selama malam ini."Dan ramai lagi..namun..inilah wajah sebenar Umno..begitu juga apa yang terjadi di Pulau Pinang, tawaran pemimpin Pakatan Rakyat utk berdebat dengan wakil Umno dinegeri itu berkenaan isu Melayu ditolak mentah-mentah dengan pelbagai alasan...boleh lihat kronologinya pada link sebelah: 1 > 2 > 3...
Nasihat akhir penulis kepada penyokong Umno, khususnya golongan akademik dan mahasiswa, inilah sikap sebenar parti kamu..janganlah terlalu berharapkan parti kalian mampu berdebat secara live dengan parti Pakatan Rakyat..sejarah telah membuktikan..(baca di SINI dan di SINI)..fikir2kan..wallahua'lam...
Debat: Pemuda Umno Larut penakut
KUALA LUMPUR, 3 Jan: Ketua Dewan Pemuda PAS Larut Nazri Din menyelar tindakan Ketua Pemuda Umno bahagian yang mungkir janji untuk berdebat isu Melayu Islam.
Beliau yang kecewa dengan ketidakhadiran Mohamad Anuar Arifin pada debat yang dijadual malam semalam mendakwa, pemuda Umno penakut dan hanya pandai bermain wayang.

"Pemuda Umno dilihat cuba bermain wayang apabila satu persatu alasan diberikan untuk mengelak dari menyertai debat dan itu sudah disyaki sedari awal lagi.
"Buktinya sehingga tepat hari dan masa yang dijanjikan untuk berdebat, pemuda Umno masih lagi menyorokkan diri disebabkan takut untuk berdepan dengan pemuda PAS di pentas debat," kata Nazri kepada Harakahdaily.
Beliau menyatakan, Debat itu pada asalnya dicetuskan Pemuda Umno Larut sendiri yang mencabar Pemuda PAS Larut dan kemudiaannya dipersetujui bersama dengan tajuk 'Islam dan Melayu'.
Inisiatif penganjuran debat itu kemudiannya disambut oleh sebuah badan NGO dari Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) yang bersedia menjadi penganjur debat itu.
Nazri turut mendakwa pihaknya mendapat maklumat pemuda Umno Larut mendapat tekanan dari pemimpin tertinggi Umno agar membatalkan debat tersebut kerana dibimbangi rahsia penyelewengan dan kezaliman mereka terhadap rakyat terbongkar.
"Jika ketua pemuda umno Larut tidak mampu berdepan dengan pemuda PAS Larut, saya mencabar supaya Umno menghantar Ketua Umno bahagian, Raja Ahmad Zainuddin bertemu dengan pemuda PAS Larut dipentas perdebatan," cabarnya.
Beliau turut menyatakan bahawa, pihak pemuda PAS Larut sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan siapa sahaja pimpinan Umno sama ada pimpinan dari peringkat bahagian atau negeri asalkan debat yang dicanang selama ini dapat direalisasikan.
Tambahnya, jika Pemuda Umno berani mereka sepatutnya tidak memberikan alasan untuk mengelak dari menyertai debat ini, sebaliknya mengotakan janjinya dan tampil ke pentas debat untuk menyatakan hujah mereka, bukannya bercakap diluar gelanggang sahaja.
Debat itu sepatutnya mempertemukan Nazri Din dan Mohamad Anuar dengan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid akan menjadi perantara majlis.
Naib Ketua Pemuda PAS kawasan itu, Akmal Kamarudin sebelum ini sudah menyuarakan kebimbangan terhadap sikap berdolak dalih pemuda Umno yang dari awal mencipta pelbagai alasan.
Ekoran sikap dolak dalih itu juga, tempat asal program terpaksa ditukar ke Dewan Serbaguna Majlis Bandar Selama.
Difahamkan lebih 200 orang ramai hadir bagi menyaksikan debat tersebut, namun akhirnya pulang kecewa akibat sikap ketua pemudaa Umno Larut yang tidak hadir pada program tersebut. - HD