Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 6, 2011

Kontroversi: Media “Putar Belit” Fakta, ADUN Sri Muda Sedia Minta Maaf Kepada Sultan Selangor !


SHAH ALAM, 5 Jan [12.32 pm] – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei bersedia meminta maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tersinggung dengan kenyataannya dalam laman blog www.srimuda.blogspot.com yang disiarkan pada 30 Disember lalu.

 Beliau bagaimanapun tidak mengakui kenyataannya itu ditujukan kepada Sultan Sharafuddin tetapi kepada Setiausaha Sulit baginda dan bekas Ketua Pembangkang, Dr. Mohamad Khir Toyo yang memberikan tafsiran mereka sendiri ke atas peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Shuhaimi juga menuduh media, terutamanya Utusan Malaysia memanipulasi kenyataan beliau di blog tersebut. 
Kenyataan itu disampaikan oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Azmizam Zaman Huri pada sidang akhbar di pejabat DUN Sri Muda di Kota Kemuning di sini. Azmizam juga beritahu yang Shuhaimi tidak dapat hadir pada sidang akhbar itu kerana menghadiri program bersama rakyat.
[Sememangnya kita amat terkejut dengan laporan yang dibuat oleh media UMNO kononnya ADUN terbabit menderhaka kepada Sultan Selangor. Walhal, beliau mempertikaikan kenyataan Setiausaha Sulit Sultan dan bekas MB Khir Toyo yang didapati membuat kenyataan dan tindakan yang jelas bertentangan dengan amalan undang-undang itu sendiri. Jika ini keadaannnya, maka kita amat yakin kes Selangor pasti akan menjadi seperti di Perak agaknya. Apakah satu lagi rampasan kuasa akan berlaku sebelum pilihanraya umum ke-12 ini. Terdapat juga maklumat yang mengatakan ada pemimpin Pakatan Rakyat sendiri yang bersekongkol dengan UMNO dalam kes ini. Jika itu hakikatnya, maka ia amat bahaya dan sudah pasti akan mengundang malapetaka yang lebih besar selepas ini].
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular