Grab the widget  IWeb Gator

Monday, January 3, 2011

JOM BERKENALAN DENGAN TOKOH SERIKANDI REJIMEN KE 10 PARTI KOMUNIS MALAYA -LAI RAIFEL

  • Lai Raifel atau nama sebenarnya Du Lung San dilahirkan pada tahun 1922 di Sitiawan Perak, mendapat pendidikan di Sekolah Chun Cheng kemudian di Nan Hwa High School. Pandai berbahasa China, Melayu dan Inggeris.
  • Setelah fasis Jepun menceroboh China, Lai Raifel menjadi anasir cergas dalamPersatuan Membantu China Melawan Musuh yang ditubuhkan PKM. Dalam masa yang sama, beliau bekerja sebagai guru di sekolah swasta dan menjadi wartawan akhbar sebagai samaran. Beliau bertanggungjawab membawa Chen Ping menjadi anggota PKM.
  • Tahun 1940, beliau ditugaskan menyusun buruh penoreh getah, intelektual dan pelajar di kawasan Kampar, Slim River, Tanjung Malim dan lain-lain.
  • Tahun 1941, beliau dihantar menyusun buruh bijih timah di kawasan Tanjung Tualang – suatu industri terpenting penjajah British. Di sinilah beliau bertemu Rashid Maidin yang menjadi buruh mahir di kapal korek tersebut.
  • Kedudukan beliau sebagai pengorganais buruh telah diintip oleh sepai penjajah. Pada suatu hari beliau dan sejumlah kader pimpinan diserbu polis. Raifel dan kader-kader tersebut ditangkap dan dipenjarakan oleh penjajah British.
  • Di dalam penjara, beliau bertekad teguh, sedikit pun tak tunduk kepada penjajah.
  • 20 Disember 1941, beliau dan sejumlah tahanan politik dibebaskan. Lai Raifel ditugaskan memimpin satu rombongan menerima latihan militeri di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura bagi persiapan perjuangan bersenjata. Sekolah ini diadakan atas desakan PKM memandangkan tentera fasis Jepun terus menerus mara dan tentera penjajah British terus menerus memutih tapak kaki.
  • Setelah tamat latihan selama 9 hari, Raifel memimpin regunya mara hingga ke Negeri Sembilan dan mendirikan Rejimen Ke-2 di situ.
  • Julai 1942, Lai Raifel ditransfer memimpin Rejimen Ke-5 TAJRM di Perak.
  • 1 September 1942, Lai Raifel dan sejumlah pimpinan tertingi parti dan tentera terperangkap dalam kepungan fasis Jepun ketika mengadakan persidangan diperluas Jawatankuasa Pusat Partu di Batu Caves, Selangor. Persidangan ini dirancang oleh Lai Te yang ketika itu menjadi Setiausaha Agung PKM untuk membasmi pimpinan tertinggi parti dan tentera. Lai Raifel telah bertempur sehingga pistolnya kehabisan peluru. Beliau bersama kawan-kawan lain menerobosi selapis demi selapis kepungan musuh. 18 orang kawan pimpinan dan kawan pengawal telah gugur dalam peristiwa tersebut. Kepala mereka yang gugur dipotong dan digantung di jalan-jalan utama Kuala Lumpur.
  • November 1943, Lai Raifel ditangkap fasis Jepun ketika beliau seorang diri dalam perjalanan pulang dari mesyuarat.
  • Di dalam penjara beliau dikenakan bermacam-macam seksaan di luar batas peri kemanusiaan, termasuk menggunakan bujukan wanita cantik dan lain-lain namun semua helah fasis Jepun tidak dapat menundukkan tekad beliau.
  • Kerana tiada cara untuk mematahkan semangatnya, akhirnya beliau dihukum pancung oleh fasis Jepun. Beliau gugur dalam usia 21 tahun.
Sajak:
BERSEMADI UNTUK KAWAN RAIFEL *1 (translit)
Oleh Jang Chang

Di tengah jalan di Pusing
Musim panas tahun 1943,
Tiba-tiba disergap musuh *2
Beliau menyerbu dengan berani.

Sebab tak mahir alam sekeliling
Beliau terjerumus ke dalam paya
Terjatuh ke tangan musuh
Diseksa dipaksa menyerah diri

Rela putih tulang, tak rela putih mata
Mendakwa mengutuk musuh terlaknat
Cita-cita kesateria tinggi mengawan
Darah pahlawan menyirami medan pembunuhan
Askar dan polis musuh keparat
Terpaksa menitiskan air mata kerananya *3 

Keterangan dari penulis sajak:

*1. Sebelum ditangkap oleh fasis Jepun, Lai Raifel adalah anggota Markas Besar Rejimen Ke-5 Negeri Perak, Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya, semasa korban, beliau baru berusia 21 tahun.

*2. Beliau ditangkap musuh di sebelah pagi pada bulan November 1943.

*3. Semasa korban, semangatnya telah mengharukan tidak sedikit anggota tentera dan polis sehingga mereka menitiskan air mata secara diam-diam.

(Jang Chang adalah seorang rakan seperjuangan Lai Raifel yang sama-sama meringkuk dalam penjara fasis Jepun)

BACA JUGA KISAH PERJUANGAN RAKAN2 LAI RAIFEL DI SINI :

SURIANI ABDULLAH

ABU SAMAH ABU KASSIM

ABDULLAH CD

RASHID MAIDIN 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular