by ReJaM©

Sabahkini.net hari ini mengeluarkan satu pengumuman bahawa keluarga bekas pembantu rumah seorang menteri senior kerajaan, dan juga didakwa sebagai mangsa rogol menteri tersebut, Dato Seri Utama Rais Yatim telah meminta pihaknya agar memadam gambar mangsa rogol tersebut bagi mengelakkan identiti mangsa dapat dikenali secara langsung.
Bagi ReJaM©, memang patut gambar itu dipadamkan. Sudahlah mangsa mengalami trauma dirogol pak menteri, kini gambarnya pula tersebar menjadi tontonan umum di internet yang mengaibkan beliau. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, sudah dirogol oleh menteri bernafsu binatang, dimalukan pula sedangkan perogolnya hanya diam membisu dan mampu bergelak ketawa kerana dilindungi oleh ahli politik nombor satu negara.
Apa yang jelas di sini, gambar mangsa rogol tersebut sememangnya gambar yang sebenar, bukan gambar yang direka-reka untuk menjatuhkan menteri tersebut. Jika gambar tersebut hanya satu fitnah, masakan keluarga mangsa meminta gambar itu dipadamkan? Apa yang menghairankan sehingga kini, Rais Yatim masih diam membisu bagaikan tidak menyedari berita hangat yang tersebar di seluruh internet ini.
Masakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Menteri yang memegang portfolio berkenaan dengan media tidak meninjau berita ini di internet? Adakah dia sedang menunggu nasihat dari penasihat media barunya, APCO?
ReJaM© "Dulu kes anak dia dino, melompat-lompat dia buat laporan Polis, bila kena diri sendiri, takkan senyap je?"