Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 6, 2011

Apa Perasan Baginda Sultan Membaca Kenyataan KSN


Ada kalangan kita berasa pelik apabila Setiausaha Sulit Sultan menegaskan  bahawa Sultan mempunyai kuasa eksekutif dalam melantik SUK. Kenyataannya ada disiarkan dalam Utusan pada 4 Januari. Saya ulas di sini.

Namun, Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi UMCO Selangor menyatakan perkara sebaliknya di sini.

Bekas Hakim Datuk NH Chan juga berpendapat sedemikian yang boleh anda baca di sini.

Namun, pihak-pihak tertentu masih mencanangkan di media bahawa Sultan mempunyai kuasa tersebut, walhal secara terang-terangan KSN juga menyatakan perkara yang sama yang boleh anda baca di bawah ini. Cuba baca bahagian yang saya hitam dan merahkan dalam kenyataan penuh KSN tersebut. Apakah perasaan Baginda Sultan apabila membaca kenyataan tersebut? Anda baca, anda selami terutamanya berkaitan dengan frasa "kelaziman dan courtesy".Anda tahu maksud "courtesy"?

Justeru, MB Selangor yang prihatin dengan permasalahan ini, selain menyedari agenda pihak tertentu, mencadangkan agar suatu Sidang DUN Tergempar diadakan untuk mengembalikan kuasa melantik beberapa jawatan penting negeri kepada Baginda Sultan dan MB. Cadangan ini walau bagaimanapun ditentang dan dipandang sinis oleh orang kuat UMCO di Selangor, malah penasihat undang-undang UMCO turut membangkitkan keperluan pindaan itu mendapat persetujuan 2/3 ADUN. Malah, pihak istana melalui Setiausaha Sulit Sultan mengeluarkan kenyataan bahawa pindaan itu perlu mendapat perkenan Sultan. Soalan saya, adakah Baginda Sultan menolak cadangan untuk mengembalikan kuasa Baginda?

Yang menjadi masalahnya, PR tidak memiliki ADUN 2/3 untuk meluluskan pindaan tersebut. Berdasarkan fakta semasa, DUN Selangor terdiri daripada 56 kerusi, iaitu 14 daripadanya milik Parti Keadilan Rakyat, 13 diwakili DAP, lapan wakil PAS, seorang wakil Bebas dan 20 diwakili Barisan Nasional.

Namun hal itu sebenarnya boleh menjerat BN kerana pindaan yang bakal dibuat ini adalah semata-mata untuk mengembalikan kuasa Sultan yang didakwa oleh MB Selangor telah dirampas daripada Baginda Sultan dalam krisis Perlembagaan pada tahun 1993. Persoalannya, sanggupkah ADUN BN yang dikatakan begitu prihatin dengan kuasa dan daulat Sultan menolak cadangan pindaan itu? Jika menolak, bukankah itu tanda bahawa mereka sebenarnya menderhaka kepada Sultan?

Jika sidang tergempar itu diadakan, mari kita lihat ADUN mana yang sanggup derhaka kepada Baginda Sultan!

Saya petik:
Kenyataan penuh KSN:

Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah diperuntukkan dalam Pelembagaan Negeri Selangor 1959 dalam Perkara LII (1) yang menyatakan bahawa:
“Lll. There shall be constituted the offices of State Secretary, State Legal Adviser and State Financial Officer; and the appointments there to shall be made by the appropriate Service Commission from amongst the members of any of the relevant public services”.

Berdasarkan Perkara LII Perlembagaan Negeri Selangor, perkataan 'appropriate Service Commission' adalah merujuk kepada Suruhanjaya Pelantikan yang membuat pelantikan terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Dalam hal ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah daripada pegawai-pegawai awam Persekutuan daripada Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan Suruhanjaya Pelantikan mereka adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kerana Perkhidmatan PTD itu adalah terjatuh di bawah perkara 132(2)(c) Perlembagaan Persekutuan iaitu 'the general public service of the federation'. Perkara ini dinyatakan dalam Fasal (1) Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan.

Fasal 5(B)(i) Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa:

'Walau apa pun peruntukan Fasal (1) Perkara 135 dan Perkara 139 dan Perkara 141A, semua kuasa dan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau Suruhanjaya Pendidikan yang ditubuhkan di bawah Perkara 139 dan 141A, selain kuasa membuat pelantikan pertama kepada perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, boleh dijalankan oleh suatu lembaga yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.” Dalam hal ini, Yang di-Pertuan Agong telah membuat peraturan yang dinamakan sebagai Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 [P.U.(A)75/2010] bagi menjalankan kuasa SPA khusus berkaitan dengan pemangkuan dan kenaikan pangkat pegawai awam Persekutuan. Oleh itu, penempatan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah dibuat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang saya selaku Ketua Setiausaha Negara mempengerusikan, sebagai suatu kuasa yang sah dari segi Perlembagaan Persekutuan dan merupakan 'appropriate Service Commision' menurut Perkara LII (1) Perlembagaan Negeri Selangor. Kenyataan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dibuat oleh Kerajaan Persekutuan adalah tidak tepat dari segi undang-undang.

Perlembagaan Negeri Selangor tidak menetapkan syarat untuk Sultan Selangor meluluskan suatu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Oleh itu perkenan oleh Sultan Selangor dalam pelantikan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi bukanlah sesuatu legal requirement di bawah Perlembagaan Negeri Selangor tetapi ia lebih kepada suatu kelaziman dan courtesy untuk Sultan memperkenankan sesuatu cadangan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang akan menjadi ketua pentadbir di negeri Baginda. Dalam proses itu, jika mana-mana nama, jika ada yang dipersembahkan untuk pertimbangan Sultan Selangor adalah juga sebagai suatu kelaziman dan courtesy sahaja. Apa yang sah dari segi undang-undang ialah pelantikan yang dibuat oleh 'appropiate Service Commission' atau oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa SPA seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan 144(5B)(i) dan [P.U.(A)75/2010]. Oleh itu, pelantikan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi sebagai SUK Selangor adalah teratur dan sah dari segi undang-undang.

...................................................

Tidak timbul isu penolakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana pelantikan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri bukan merupakan pelantikan oleh kerajaan Persekutuan tetapi dibuat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Peraturan-Peraturana Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 [P.U.(A) 75/2010].

Dalam urusan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai Persekutuan di peringkat negeri, saya selaku Ketua Setiausaha Negara dan Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan tidak mengambil input politik dalam urusan pelantikan tersebut dan tidak merujuk kepada mana-mana Anggota Pentadbiran Persekutuan termasuk Y.A.B. Perdana Menteri. Urusan tersebut dilaksanakan secara profesional yang hanya melibatkan saya selaku Ketua Setiausaha Negara dan Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat dengan kerajaan negeri yang berkenaan melalui Setiausaha Kerajaan negeri berkenaan.

P/s: Saya terlihat di TV beberapa kerat manusia yang sanggup dipergunakan oleh pihak tertentu untuk berdemo demi menyokong pihak yang merampas kuasa Sultan! Pelik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular