23/12/2010
Akhbar tabloid milik Perkasa, Suara Perkasa , akhirnya terpaksa gulung tikar bantal apabila penerbitan akhbar tersebut terpaksa dihentikan pertengahan januari ini.
Kakitangan akhbar tersebut seramai enam orang telah diberikan notis bekerja sehingga 10 januari 2011, akhbar yang sempat menerbitkan sebanyak 11 edisi dan edisi terakhir akhbar perkasa adalah pada november lepas.
Akhbar tersebut diterbitkan sebanyak 25,000 naskah namun tidak sampai 50 peratus darinya berjaya dijual. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah mengeluarkan lebih RM400,000 untuk tujuan penerbitan Suara Perkasa akhirnya tidak mampu lagi menampung kos kerugian kerana rakyat di negara ini muak dengan kerenah perkauman melampau Perkasa.