22/12/2010
Hebat, belum lagi SPR umumkan penamaan calon, Barisan Nasional khasnya UMNO telah berebut jawatan, apa tidaknya, masing-masing mempunyai pengikut dan pengaruh sendiri. Timbalan Ketua Pemuda Bahagian pun nak berebut jawatan dengan orang-orang felda yang termasuk senarai calon 9 orang tidak termasuk anak penghulu Labis lagi tu.
Dalam PRK Dun Tenang ini, sepatutnya Umno melihat kepada peranan Felda yang banyak memenangkan undi BN sebelum ini, sekiranya generasi dari Felda dipinggirkan dari dicalonkan sebagai ADUN, suara majoriti penyokong BN akan terus terpinggir. Memanglah jika lihat dari angka-angka pengundi tahun 2008, selain dari kawasan felda, BN memperolehi undi dari kaum Cina di kawasan kampung-kampung.
Berbeza dengan PRK Dun Tenang, kali ini kaum Cina kampung telah membuat permintaan untuk meletakkan calon pilihan mereka sendiri dari orang Umno.
Walaupun pergolakan perebutan untuk menjadi calon ini tidak kelihatan dengan jelas, dikalangan pimpinan umno mereka telah sepakat untuk meletakkan “John” satu gelaran yang amat dikenali oleh semua, memangpun “John” kini menduduki ranking teratas dari senarai calon dari Barisan Nasional. “John” ini juga mendapat sokongan dari kaum Cina. Masalahnya sekarang mampukan Umno meletakkan “John” sebagai calon BN kerana masyarakat Melayu sendiri khasnya dikawasan felda tidak setuju dengan “John”.