Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, December 23, 2010

Khir Toyo Mengaku UMNO Jual Tanah Surau di Rawang


Khir Toyo Mengaku UMNO Jual Tanah Surau di Rawang



Maklumat yang didapati oleh Tulang Besi dari "contact" Tulang Besi di SUK adalah tanah yang seluas hampir satu ekar itu telah di "gezzete" kan sebagai tanah surau. Juga, itulah satu-satunya tanah milik "Melayu" di Pekan Rawang itu.

Namun, mengikut pengakuan Khir Toyo sendiri dalam blog beliau:

"Kelulusan penjualan tanah kepada SAP Holdings dibuat sebelum tahun 2000 lagi, yang mana ini bermakna ia dibuat sebelum pentadbiran saya"

Ini bererti Khir Toyo mengaku dengan sejelas-jelasnya bahawa tanah yang digazetkan sebagai "tanah surau" itu telah DIJUAL oleh UMNO kepada Tauke.(sila rujuk notakaki)

Mengapa saya kata demikian?

SAP Holdings Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dimana pemegang-pemegang saham nya adalah:

Chew Ting Teck, Hung Te Hsin @ Ang Teck Thieng, Siaw Kwee Mow @ Sia Hock Chai, Sip Kew Yin, Tan Kok Yee, Tan Pang Kuan, Chow Soon Tat @ Chew Soon Tat, Chew Teng Meng @ Francis Chew, Chew Siew Ying and Dhew Teng Fook @ Chow Teng Fook.

Bayangkan di waktu penjualan tanah ini dubuat(sebelum 2000 atau pada 2003), UMNO menguasai MAJORITI kerusi DUN di Selangor. Dengan kata lain, UMNO mampu memerintah Selangor pada masa itu TANPA BARISAN NASIONAL.

Namun, tanah Melayu/ISlam tetap tergadai kepada tauke sekalipun UMNO berkuasa dengan penuh pada masa itu.

Soal saya kepada orang Melayu di Malaysia: Apa gunanya kita terus menyokong UMNO?

Tulang Besi menyokong sangat kenyataan Faekah:
“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang. Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau.
Di waktu mereka kuat pun, hak Melayu tergadai. Apa lagi kita hendak harapkan dengan parti yang reput, korup dan penuh pendustaan ini?

Tulang Besi

notakaki:
 Khir Toyo cuba menafikan penjualan tanah surau ini dilakukan pada zaman pemerintahan beliau. Padahal, mengikut rekod kerajaan negeri, saham SAP Holdings Sdn Bhd dijual oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) kepada syarikat persendirian pada tahun 2003. Penjualan saham SAP Holdings Sdn Bhd ini sekaligus menyebabkan tanah Melayu di Rawang TERGADAI KEPADA TAUKE.

Saya cabar Khir Toyo menyaman Faekah (SU Politik Tan Sri Khalid) kerana membuat kenyataan ini.

Dan, Datuk Zainal Abidin Sakom adalah salah seorang dalang penjualan tanah yang digazet sebagai tanah surau di Rawang ini. Inilah dia standard Pengerusi Yayasan BAsmi Kemiskinan UMNO. PAtutlah YBK takut kena audit.
Tapak surau diserahkan kepada pemaju sejak lapan tahun lalu
Monday, 20 December 2010 | Ruangan: Berita


RAWANG, 20 Dis - Kerajaan Selangor akan memastikan penduduk di Kampung Melayu, Rawang, mempunyai kemudahan surau walaupun notis perobohan dan pemindahan (Surau Al Hidayah) telah dikeluarkan oleh syarikat pemaju bagi menjalankan projek pembangunan yang telah diluluskan lapan tahun lalu.

Kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa.

“Kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak sepertimana yang dituduh oleh mereka yang terlibat dalam demonstrasi semalam, yang diketuai beberapa pemimpin Umno, termasuk Datuk Zainal Abidin Sakom,” kata Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.

Beliau menjelaskan, tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki SAP Holdings Sdn Bhd yang akan menjalankan projek tersebut bersama satu lagi syarikat swasta Mahumas Sdn Bhd.

“Zainal sepatutnya selidik dahulu sebelum membuat tuduhan liar. SAP Holdings bukan lagi anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

“Pada 2002, Kerajaan Negeri Umno-Barisan Nasional (BN) telah membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melepaskan saham kepada pihak swasta.

“Beliau terlarang dari segi moral dan perundangan untuk menuduh kerajaan negeri sekarang kerana beliau adalah sebahagian daripada kerajaan yang bukan sahaja melepaskan saham dalam SAP Holdings, tetapi juga telah meluluskan projek tersebut,” kata Faekah menerusi kenyataan akhbarnya hari ini.

Beliau berkata, kerajaan terdahulu telah meluluskan permohonan SAP Holdings dan Mahumas untuk menjalankan projek atas tanah tersebut, termasuk lot yang diwartakan untuk pembinaan surau.

Lembaga Pengarah SAP Holdings Berhad sekarang ialah Datuk Abu Bakar Mohd Amin, Norihan Mohd Bakri, Tan Kok Yee, Chong Fook Sin, chew Siew Ying dan Chew Ting Teck.

“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang. Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau.

Berhubung status gerai-gerai tanpa lesen yang beroperasi di sekitar surau berkenaan, Faekah berkata, laporan awal yang diterima dari Pejabat Daerah Gombak mendedahkan gerai-gerai itu dibina secara haram tetapi sewa dikutip oleh bekas bekas ahli jawatankuasa surau, Bing Selamat Amir, bagi mengisi tabung surau itu.

Bagaimanapun, ahli jawatankuasa baharu surau berkenaan mendakwa kutipan itu tidak pernah disalurkan ke tabung surau.

“Saya menyeru polis dan SPRM membuat siasatan lanjut berkenaan hal ini dan kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor akan memberi kerjasama penuh,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular