Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, December 23, 2010

Kerajaan pelihara Zionis dan memusuhi Syiah

Zionis dibawa masuk dan dipelihara, Syiah dianggap merbahaya
Negara digemparkan dengan kenyataan dari Nazri Aziz yang menyebutkan dua surat yang menafikan dakwaan DSAI tentang penglibatan APCO Worldwide berperanan dalam kempen gagasan 1 Malaysia.
Kedua-dua dokumen tersebut mengandungi penafian APCO ada hubungan dengan kempen One Israel Tel Aviv yang diperkenalkan 11 tahun yang lalu. Akibat mempercayai surat dari firman Yahudi itu DSAI digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan bermula Khamis lalu dan tidak dapat hadir sidang Mac depan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mendakwa bahawa APCO berbohong kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menerusi suratnya kepada panel itu. Jawatankuasa tersebut pula telah membuat keputusan menjatuhkan hukuman berdasarkan surat dari firma Yahudi tersebut denga tidak memanggil DSAI untuk memberi keterangan.
Malaysia sayang Israel
Rakyat Malaysia mulai meragui mengapakah Kerajaan Malaysia harus mengambil firma Yahudi sebagai perunding sedangkan rakyat didalam negara ini anti Zionis dan negara sendiri mengharamkan rakyatnya melawat Israel.
Masyarakat didalam negara ini terpinga-pinga dengan suapan maklumat yang salah dari media arus perdana. Kerajaan tidak memandang sesuatu yang merbahaya membawa consultant Israel tetapi menjadi merbahaya jika berfahaman Syiah. Persoalannya apakah Najib seorang yang boneka Zionis dia Asia ini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular