Grab the widget  IWeb Gator

Monday, December 20, 2010

Kenapa Saya Berada di Perkarangan Masjid Negara?. UMNO Pembawa Fitnah

"Saya memang kesal dengan cara cybertrooper BN yang ingin memutar-belitkan tindak-tanduk saya di Masjid Negara. Ya, saya percaya balasan akan timpa pada mereka yang sengaja membuat tuduhan palsu"


Kenapa saya berada di perkarangan Masjid Negara ataupun “berpolitik” di perkarangan masjid? Ini adalah komen yang letak dalam artikel penjelasan saya yang lepas:  http://teresakok.com/2010/12/16/video-youtube-yang-berfitnah-terhada p-saya/

Saya berada di perkarangan Masjid Negara pada 5 Disember 2010 adalah kerana jawatankuasa Bertindak Air telah menetapkan perkarangan Masjid Negara sebagai tempat berhimpun dan kami akan bertolak untuk membentangkan petisyen dan memorandum ke Istana Negara.
Sebab Masjid Negara dipilih adalah kerana ia mempunyai perkarangan yang luas dan tempat ini adalah paling dekat dengan Istana Negara.
Tujuan kita mengadakan perhimpunan raksaksa rakyat dan Kempen Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat adalah demi tolak penswastaan air dan ambil-alih kesemua syarikat air daripada syarikat swasta demi menegah kenaikan harga air di Negeri Selangor dan Kuala Lumpur.
Kalau kerajaan Selangor tidak mengambil syarikat air, maka harga air akan dinaikkan 37% pada tahun 2009, naik lagi 25% pada 2012, naik lagi 20% pada 2015, dan kemudian seterusnya naik 10% setiap tiga tahun.  
Saya memang berhati-hati bila berada di perkarangan masjid, dan memang tidak mempunyai apa-apa niat untuk melanggar apa-apa peraturan di Masjid.
Saya memang kesal dengan cara cybertrooper BN yang ingin memutar-belitkan tindak-tanduk saya di Masjid Negara. Ya, saya percaya balasan akan timpa pada mereka yang sengaja membuat tuduhan palsu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular