Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, December 23, 2010

INI BUKAN FITNAH, INI BETUL2 - Menteri rogol amah tetapi selamat


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 23 Dis: WikiLeaks bukan sahaja 
menyusahkan ahli politik yang masih aktif bahkan juga
 bakal menyusahkan mereka yang dikira telah bersara 
dari politik.

Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau
 nama sebenarnya Ahirudin Atan (gambar), 
menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, 
Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang
 amah warga Indonesianya.


Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.

Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet 
dibuat.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu 
tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang
 bocor ini.

Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah 
di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada 
pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan
 tahun ketika peristiwa itu berlaku.   

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh 
anak-anaknya. 

Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular