Ini berkenaan isu surau di rawang. Seperti yang kita sedia maklum, surau tersebut telah diberikan notis untuk dibinasakan. Ya. Surau tersebut bakal di nyahkan dari rawang untuk selama-lamanya. Ramai dari penduduk rawang yang beragama islam protes. Mereka kata tanah tersebut ialah tanah rizab. Mana aci main jual aje. Lagipun di atas tanah tersebut ada surau. Dan surau tersebut digunakan untuk beribadat dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk setempat. Sabar dulu. Jangan meroyan 18 sepertimana penduduk rawang meroyan.
Mari kita review dulu kisah sebenarnya.
1. Surau tersebut di dirikan atas tanah rizab. Namun ada juga yang cakap ada tanah wakaf. Yang mana betul saya tak pasti. Pembaca boleh semak sendiri.
2. Tak kesahlah rizab atau wakaf, yang penting motif. Kalau dah digazetkan untuk membina surau 10 tahun yang lepas, kenapa selepas 10 tahun (anggaran 10 tahun itu hanya andaian penulis) tidak boleh dikekalkan begitu? Jika benar itu tanah rizab. Tapi jika tanah wakaf, enh boleh ke jual? Lue fikir sendiri.
3. Tujuan penjualan kena amek peduli juga. Sekarang surau tersebut di jual ketika BN menguasai selangor. Dalang penjualan surau tersebut ini salah seorang nya, tengok gambar di bawah ;
Okey dah tengok? Nama hero dalam citer neh ialah Datuk Zainal Abidin Sarkom. Datuk ini ialah pengerusi biro agama umno selangor. Pelik. Saya memang pelik. Kenapa ahad lepas dia beria-ria bantah perobohan surau ini jika dia salah seorang yang 'membiarkan' tanah tersebut berkalih pemilik? Herm. Drama semakin menarik. Lebih menarik dari drama korea.
4. Tanah tersebut di jual pada tahun 2002. Baca betul-betul. 2002. Ini tahun 2010. Baca betul-betul 2010. 2010 - 2002 = 8 tahun yang lepas. PR memerintah selangor pada tahun 2008. Iaitu2 tahun yang lepas. Ini bermaksud ada baki 6 tahun. So selama 6 tahun apa yang BN buat? Mereka dah buat macam2 sebenarnya. Mereka jual tanah, mereka rampas surau dan sepatutnya surau ini dirobohkan pada 2008, nasib tak baik apabila bn kalah. Kesian bn. Disebabkan mereka kalah lah, surau ini tak dapat dirobohkan pada tahun tersebut. Ciss..
5. Untuk rekod tanah tersebut dikatakan dimiliki oleh KDEB melalui SAP Holdings. KDEB telah mengazetkan tanah tersebut sebagai harta rizab / wakaf kepada penduduk di sekitar untuk membina surau. [Saya tidak pasti samada mereka mengazetkan tanah tersebut sebagai rizab orang melayu untuk beribadat ataupun mewakafkan tanah tersebut kepada penduduk untuk beribadat]
6. Namun pada tahun 2002, KDEB telah menjual saham mereka kepada beberapa penama di bawah ini ;
Chew Ting Teck
Francis Chew
Tan Pang Kuan
Untuk senarai penuh lihat sini.
7. KDEB = Kumpulan Darul Ehsan Berhad.
8. KDEB = Anak syarikat kerajaan negeri selangor.
9. Setelah KDEB menjual saham di SAP Holdings mereka kepada penama-penama tersebut, maka tanah tersebut secara automatiknya jatuh kepada pemilik terbaru.
10. Kalau ikut akal cerdik saya, akal cerdik neh, sepatutnya saya pindah milik tanah tersebut kepada milik KDEB dulu barulah pergi jual saham kat dalam SAP Holdings tue. Heh. Ini akal cerdik saya lah kan. Kalau akal yang tak cerdik dan kurang makan kismis minda memang main jual je segala harta benda melayu neh. Heh.
11. So benda dah jual. Dah jual neh. Boleh ke kita rampas semula dan paksa orang lain jual kepada kita semula? Of courselah tak boleh beb. So kenapa nak mengamuk2 pula? Fikir matang sketlah. Sendiri buat pasal memang pandai. Sendiri kasi selesai memang tak pandai. Heh.
12. Sekarang kita dah tahu punca kes, kejadian sebenar dan penyebab kisah ini terjadi. Tapi apa yang kita boleh buat? Nak marah umno? Nak tumbuk zainal? Sabar dulu. Sabar dulu kawan-kawan. Kalau korang tumbuk mereka pun, mereka hanya sakit di tumbuk je. Yang lain takde kesan beb. Silap-silap korang kena saman lak sebab tumbuk hero dalam citer neh. Bangang ke tak bangang tue? Heh
13. Pemilik tanah tersebut berhak mendirikan pembangunan atas tanah tersebut sebab tanah tersebut adalah hak mereka. Penduduk rawang jika diselidiki secara undang-undang mereka penceroboh dan tak berhak untuk menghalang tindakan pemaju. Ini fakta. Kena amek peduli.
Even kerajaan selangor berdemo ke, umno mengamuk ke, perkasa meroyan ke, fakta tetap fakta dan fakta tidak boleh disangkal lagi.
14. Perkara yang terbaik boleh dilakukan kerajaan negeri selangor ialah mendirikan surau baru untuk penduduk sekitar. Tak tahu kat mana tetapi itulah alternatif terbaik yang mereka ada.
15. Beli tanah semula? Ya itu alternatif yang baik juga. Tetapi berapa jumlah yang mampu di 'bailout' oleh kerajaan negeri, kita kena amek peduli gak? Silap2 pemaju letak rega 100 jutamampu ke kerajaan negeri keluarkan duit sebanyak itu? 100 juta boleh bantu beberapa rakyat di selangor?
16. Nak taknak, penduduk rawang kena terima fakta. Kena terima kenyataan. Kena telan hakikat.
17. Kalau nak tunding jari, tunding je jari kat dalam hero citer neh. Selalu kat dalam filem atau drama mereka [peminat] memang suka tunding jari [tunjuk] kat hero. So dalam drama neh korang boleh buat macam tue gak.
18. Namun kerajaan negeri sekarang kena settlekan problem tersebut sebab apa, surau tersebut dah dapat notis finale untuk kosongkan surau yang akan dirobohkan dalam beberapa hari sahaja lagi.
19. Untuk penduduk rawang pula mereka kena belajar untuk terima yang mereka kalah dalam tuntutan mereka. Kalau tak puas ahti, marah kepada pihak yang berkenaan. Mereka tahu kepada siapa mereka marah sebenarnya, apa yang dipaparkan dalam akhbar tidak sama apa yang mereka proteskan. Mereka lebih benci UMNO dari apa yang kita sangka. Ini dasat beb.
20. Adun di sana patut amek peduli kisah ini. Saya lihat adun tersebut tidak berbuat apa2 tindakan. Samada adun tersebut bangkit menyatakan apa2 perkara yang perlu atau dia akan berdepan dengan peralihan undi. Jangan ingat dia DAP dan jangan ingat dia cina maka masalah seperti ini dia boleh tutup mata.
Sekian. The end.
Ameno : Menulis kebenaran itu perjuangan.
Jika ada pembaca yang malas tonton berita maka sila ke sini. Jika ada pembaca yang malas mengambil tahu perihal isu semasa juga sila ke sini terlebih dahulu. Bukan apa kalau tak faham isi cerita nanti meroyan 18 pula. Sebab tue lah saya nasihatkan sila baca link yang telah diberikan untuk memahami susur galur kejadian sebenarnya.