Grab the widget  IWeb Gator

Monday, December 20, 2010

Apa Ada pada UMNO ???


  

Apa Ada Pada Umno.???



 Kelemahan dan hilang sokongan melayu terhadap umno menimbulkan persoalan. Apa yang ada pada umno sehingga orang melayu yang bijak turut membiarkan diri mereka menjadi ‘bodoh’ sanggup ‘berjuang’ kerana pemusnah melayu ini.???

Rencana tiga siri ini memaparkan beberapa pandangan mengenai umno. Ini ialah bahagian pertama daripada tiga siri. INSYAALLAH..

RUMAH GUA,  (Pencacai SeMalaysia) – “umno pemusnah bangsa”. “umno itu bapak segala racun”. “umno penyebab pelbagai kecelakaan”. Ini antara perkara negative yang dikaitkan dengan umno. Malah dalam pepatah gua ada juga menyebut “Musnah melayu kerana umno”.

Namun, di sebalik impak negative yang semakin dikaitkan dengan pemberian sokongan yang berlebihan, adalah jelas sesetengah masyarakat pengundi di Negara ini masih tidak mahu mengambil peduli akan bahay yang boleh disebabkan oleh umno.

Untuk kelompok ini, keharmonian mungkin bukan isu utama dalam kehidupan mereka. Peringatan atau nasihat baik dari pemimpin atau ahli PR bak ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’.


SEJARAH UMNO

Mahu tidak mahu umno bg sesetengah orang melayu adalah sebahagian daripada kehidupan sehinggakan ada yang beranggapan hancur umno maka hancurlah melayu.

Menurut Ensiklopedia bebas, Wikipedia, umno ialah.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris: United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa terganggu sejak merdeka lagi.

Ia dikenali sebagai penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu dan ideologi Islam, yang memperjuangkan bahawa orang Melayu dan orang-orang Muslim lain merupakan orang peribumi di Malaysia, oleh itu berhak menerima keistimewaan sebagai hak semenjak lahir seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.


UMNO ITU RACUN

Definisi umno sememangnya cukup hebat pada orang melayu tetapi di sebaliknya cukup hebat itu ia sebenarnya mengundang bahaya.!!!

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Pada 1974, Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaitu bapa Mohd Tajol Rosli telah menderhaka pada Sultan Idris Shah yang tidak berkenan dengan perlantikan Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua. Ghazali enggan melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan kemurkaan Sultan Idris Shah.

Sebabnya.?? Pemimpin umno hanya mementingkan kuasa dan harta rakyat yang sedang dan akan disapu. Apabila kuasa umno semakin lemah maka umno akan melaungkan slogan perkauman seperti mana sekarang..

Impak negative umno yang suka akan kuasa menyebabkan umno diharamkan turut di tekankan oleh gua, Dr Falsampah Pencacai SeMalaysia..

Pada Jun 1987, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.

Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain. Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah. Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.

Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Gua turut mengklasifikasi umno sebagai perosak Negara kerana tanggunjawab yang di amanahkan oleh rakyat tidak dilaksanakan dengan betul dan yang tinggal hanyalah sandiwara..

Tetapi umno akan ‘melahap’ hasil keuntungan daripada rakyat antaranya lebih kepada kepentingan peribadi dan kroni..

Dimaklumkan juga kepada gua, sokongan terhadap umno yang kuat atau taksub juga akan membentuk satu golongan yang bersifat pencacai dan sifat ini wajib dihindari..


PERLUKAH UMNO.???

Selain umno, PAS juga merupakan parti kaum melayu. Yang lebih utama parti Islam. PKR juga boleh dikatakan parti orang melayu walaupon juak2 umno tidak dapat ‘lihat’.

Gua sebagai ‘pakar’(kahkahkah), ingin menarik perhatian bahawa umno sememangnya boleh dipadamkann terus dalam peta Malaysia. Gantikan umno dengan PAS.

Bak kata umno, “kuasa melayu akan hilang bila umno dah lenyap”.

Pertama, orang melayu tidak perlu bimbang akan kedudukan melayu, kerana perlembagaan tanah melayu telah menjelaskan kedudukan melayu.

Kedua, yg di laung2kan umno tentang kuasa melayu akan hilang, harus kita ingat bahawa kerusi umno yg dipertandiungkan bkn melawan DAP tapi PAS yg semestinye org melayu islam. Jadi tidak timbul isu kuasa melayu terancam…

Ketiga, ketua pakatan rakyat juga melayu dan beragama islam.

Justeru, kita sekarang sebenarnya sudah tidak perlu kepada umno yg penuh dengan kekotoran.

"Apa yang perlu ialah kita mendidik cita rasa kita. Kalau hendak pun mengambil umno, ckup la sekadar pembangkang dlm parlimen.. Ini termasuk pak-pak katak yang bebas.

"Sokongan terhadap umno yang berlebihan sehingga boleh membentuk kerajaan amat memudaratkan masa depan anak cucu kita. Cuba bezakan umno dan PR.

Gua juga suka menasihatkan para pengundi supaya berhati-hati apabila mengundi.

“Ambil sedikit masa untuk teliti apa yang telah dilakukan oleh umno dan sebaliknya. ”


LEDAKAN ‘BERSATU’

Wacana Perdana yang bertajuk “Bolehkah melayu bersatu” baru-baru ini adalah punca ledakan kali ke-2 laungan penyatuan umno dan PAS di tanah melayu ini.

Ini antara kenyataan Naib Presiden PAS.

"Kita dah kata dah tak nak, duk bercakap lagi. Orang yang duk bercakap sorang-sorang ni ada problem la. Kita sedia sediakan khidmat pakar psikiatri untuk Umno dan Muhyiddin."

"UMNO juga seperti terkena demam panas yang kuat sehingga mengganggu fungsi otak mereka. Setelah tuduh PAS sesat, kemudian nak pelawa kerjasama pula."

"Sekarang Umno melihat hanya PAS yang boleh jadi talian hayat kepada mereka tapi PAS sudah jelas, tidak mahu menanggung biawak hidup, kami sudah belajar dari pengalaman lalu"

"UMNO sedang mengalami krisis sokongan Melayu terhadap mereka lebih-lebih lagi dengan penubuhan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang dilihat telah merubah pemikiran Melayu sehingga berani menentang UMNO sendiri."

"Orang Melayu sebenarnya akan lebih maju tanpa UMNO kerana selama ini yang merosakkan Melayu adalah UMNO."

“Bab dialog PAS-UMNO dalam hal ini sudah ditutup. Biar beliau (Tan Sri Muhyiddin Yassin) seorang diri bercakap mengenai isu ini. Saya percaya mereka akan menggunakan isu selama-lamanya dengan menuduh PAS menolak usaha mahu mengadakan perbincangan dengan UMNO."

“PAS tidak akan melayan langkah UMNO macam ini lagi, kami akan terus bertahan dalam Pakatan Rakyat sebagaimana dinyatakan dalam Dasar Bersama Pakatan tahun lalu.”

“Dalam keadaan UMNO kehilangan sokongan golongan muda manakala pengundi tradisi pula menganggap UMNO sudah gagal, UMNO sebagai parti politik untuk terus hidup mahukan talian hayat bagi mendapatkan sokongan orang Melayu dan dalam keadaan ini mereka menganggap PAS boleh memainkan peranan."
 (SB)

Justeru, apakah kita mahu terus menikmati kehebatan umno dan menjadi sebahagian dari umno terutama di usia senja kita tanpa memikirkan nasib anak cucu kita?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular