Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, March 6, 2011

Terkini PRK Merlimau & Kerdau 12:30 - 01:56 ptg

Pilihanraya Kecil N27 Merlimau & N28 Kerdau [HarakahDaily]



1:56
KERDAU Jumlah keluar mengundi hingga jam 1 tengahari telahpun mencapai 71.86% iaitu 6,467 pengundi.
1:54
MERLIMAU 61.38 peratus atau 6,555 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 1 tengahari.
1:51
1:47
1:43
1:40
MERLIMAU SJK(C)Merlimau: Kehadiran sekumpulan lelaki berbaju oren dipercayai daripada Perkasa menambahkan kekecohan namun polis hanya membiarkan keadaan itu.
1:39
1:31
MERLIMAU SJK(C)Merlimau: Penyokong PR melaungkan 'rasuah...rasuah...curi enjin...kapal selam'


Seorang penyokong DAP, Lester berkata, Umno BN menggunakan remaja untuk berbalas sorakan.


Keadaan semakin kecoh apabila penyokong BN mula membuat aksi tidak sopan.


Seorang pimpinan MCA datang menyokong penyokong BN berbalas sorakan dengan menyebut 'Anwar liwat'.
1:23
MERLIMAU SJK(C)Merlimau: Keadaan masih hingar-bingar dengan suara penyokong kedua-dua parti.


Ramai polis kelihatan mengawal keadaan penyokong yang agresif di hadapan bilik gerakan DAP.
1:11
MERLIMAU Sek Keb Permatang Serai: masih kelihatan pengundi-pengundi menunaikan tanggungjawab mereka namun perayu undi sudah berkurangan.
1:00
KERDAU Biarpun di kebanyakan kawasan lain dalam suasana rehat, namun di SMK Kerdau, keadaan masih seperti awal pagi tadi.


Perayu undi dan penyokong masih setia berpanas ditepi jalan dan masih saling berbalas sorakan sejak awal pagi.


Tinjauan Harakahdaily mendapati kawasan ini adalah paling ramai dan menjadi tumpuan perayu undi berkumpul berbanding tempat-tempat lain.
12:58
KERDAU Jumlah keluar mengundi hingga jam 12 tengahari ialah seramai 5,874 orang – 65.29 peratus.
12:54
MERLIMAU Sehingga jam 12 tengahari, 54 peratus atau 5,746 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.
12:38
MERLIMAU Di Sek Keb Permatang Serai, polis tidak sempat mengejar remaja-remaja bermotor membawa bendera BN yang masuk ke tempat mengundi membuat provokasi.
12:30
KERDAU Kebanyakan perayu undi kini sedang berehat. Suasana tengahari kelihatn tenang. Pengundi juga dilihat berkurang namun dijangka ramai sebelah petang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular