SEORANG anak berusia 15 tahun, beberapa kali menyediakan ruang untuk ayah tiri berasa sedap selama ibunya berada di hospital menjalani pembedahan akibat mengandung di luar rahim.
Anak yang mentah dan hijau itu sanggup menjadikan ibunya sendiri sebagai madu 'barangkali' kerana berasa bertanggungjawab untuk memberi nafkah batin untuk ayah tiri yang gersang selama isteri tiada di rumahnya.
Harian Metro mendedahkan perbuatan bermadu dengan anak sendiri ini yag dilaporkan berlaku di Kuala Lumpur membabitkan seorang wanita berusia 30-an.
Azie, mendakwa anak gadisnya yang berusia 15 tahun hasil perkahwinan terdahulunya melakukan perbuatan sumbang itu dengan suaminya ketika dia pulang dari hospital.
Menurutnya, selepas tiga tahun men janda, hatinya tertambat dengan seorang lelaki 40-an dan mereka melangsungkan perkahwinan pada tahun 2002.
Menurut Azie lagi, ketika anak gadisnya berusia 13 tahun, dia sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu.
"Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya yang ketika itu sedang tidur. Bagaimanapun, ketika ditanya dia memberi alasan alasan mahu menghalau nyamuk dan saya mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain tidak mahu anak yang lain tahu," katanya.
Katanya, kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anaknya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu demam teruk dan meminta dibawa ke klinik.
"Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya menceritakan yang dia sudah beberapa kali menjadi pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa kerana diugut bapa tirinya itu," katanya.
Kini, anaknya itu tidak lagi berada di rumah dan dipercayai bersama ayah tirinya sejak enam bulan lalu.