Grab the widget  IWeb Gator

Monday, March 7, 2011

54 Tahun Merdeka.. masih ada rakyat hidupnya begini..

“Saya ada memaklumkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), namun kini, tiada sesiapa pun yang mengambil sebarang tindakan bagi membela nasib warga emas ini,”


Apa JKKKP buat?? Makan gaji buta ke?

Rumah sebesar reban ayam

PANTAI PRAI – Seorang warga emas di sini terpaksa mengharapkan ihsan jiran tetangga kerana hidup sebatang kara tanpa saudara mara.

Zaharah Mat Isa, 62, tidak mempunyai sebarang pekerjaan hanya bergantung hidup dengan wang yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Jiran, Rohayati Mohd Yusuff, 41, berkata, dia bersimpati dengan nasib jirannya yang tinggal sebatang kara dan menetap dalam sebuah rumah yang terlalu kecil dan hanya sebesar sebuah reban ayam.

“Makcik (Zaharah) hanya tinggal sebatang kara dan rumah yang sedang didiami sekarang hanya sebesar reban ayam, terlalu kecil, di sinilah makcik makan dan tidur, di rumahnya tiada tandas, jika mahu mandi dia terpaksa menumpang mandi di rumah jiran.

“Sebelum ini, makcik Zaharah tinggal di rumah kayu, tetapi sejak lima tahun yang lalu nasibnya mendapat perhatian golongan tertentu dan mereka membina rumah, tetapi setahu saya peruntukan yang diberikan untuk membina rumah ini adalah sebanyak RM5,000,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, jumlah yang diperuntukkan dengan hasil yang dilihat tidak dapat diterima akal kerana rumah yang dibina hanya semata-mata untuk tidur sahaja dan tiada dibina bilik air untuk mandi dan mencuci.

“Makcik terpaksa mengangkut air, malah jika hujan, rumahnya pasti dimasuki air kerana keadaan bumbung yang hanya menutup bahagian atas rumah sahaja.

“Saya ada memaklumkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), namun kini, tiada sesiapa pun yang mengambil sebarang tindakan bagi membela nasib warga emas ini,” katanya.

Rohayati berkata, bukan sahaja bekalan air tiada, malah bekalan elektrik juga tiada dan untuk menerangi waktu malam Zaharah terpaksa menyalakan lilin untuk menerangi rumahnya.

“Sangat berbahaya jika lilin jatuh dan sebagainya.

“Saya berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu makcik Zaharah membina rumahnya.

“Melihatkan keadaan rumahnya yang kecil tanpa kemudahan infrastruktur yang lengkap, ia menyukarkan lagi hidup warga emas ini,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular