Sejak meninggalnya Adun Merlimau, Mohd Hidhir Abu Hassan beberapa minggu lalu, projek 'mee segera' sudah mula mencurah-curah di Merlimau.
Terbaru persimpangan Lebuh AMJ berhampiran lampu isyarat, menghala ke Pekan Merlimau, pihak kontraktor sibuk menurap jalan tersebut. Di samping itu pekerja-pekerja landskap juga sibuk mengindahkan pemandangan di persimpangan tersebut.
Projek 'mee segera' ini akan terus dijalankan sebagaimana rutin biasa bila adanya pilihanraya samada umum atau kecil.
Kita mengucapkan tahniah kepada pengundi Merlimau kerana sudah pasti mereka akan memperolehi pelbagai projek 'mee segera' dalam masa terdekat. Suatu nikmat yang jarang diperolehi jika tiada pilihanraya kecil.
Mintalah apa sahaja sudah tentu BN akan melaksanakannya untuk memancing undi. Pengundi Merlimau diharapkan dapat memikirkan apakah tujuan BN melaksanakan projek adakah untuk kepentingan rakyat atau untuk mendapatkan undi?