Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, February 13, 2011

UMNO ALAT MCA BUKAN PAS ALAT DAP - TOK GURU NIK AZIZ

Merlimau : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Umno/BN mengemukakan bukti yang PAS menjadi alat DAP.

"Cuba bawa mari satu bukti bahawa PAS menjadi alat DAP, tak dak satu pun, yang pasti Umno menjadi alat MCA".

"MCA suruh Umno/BN tolak Islam, Umno ikut, suruh buang tulisan jawi Umno ikut, Umno jadi alat MCA"tambah Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Menurut Tuan Guru walaupun PAS berkawan dengan DAP, PAS tetap mempertahankan dasar Islamnya yang menjadi asas perjuangan PAS. Buktinya PAS tidak pernah mengubah perlembagaan yang jelas meletakkan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan qias sebagai asas dan dasar perjuangan.

Tuan Guru juga berkata PAS akan terus menentang perjuangan Umno kerana jelas parti itu menolak perjuangan Islam.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena Tahun Baru Cina di Markaz PAS Merlimau di sini malam tadi. Turut menyampaikan ceramah pada program tersebut ialah YB Salahuddin Ayub, YB Goh Leong San dan lain-lain pimpinan PR Melaka http://nblo.gs/ec1bb
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular