Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 15, 2011

Pegawai kerajaan zaman BN perintah PPinang kena penjara 6 tahun kerana rasuah

Bekas Penolong Pegawai Daerah dipenjara kerana rasuah

BUTTERWORTH , 15 Feb. : Bekas Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Mohd Jamil Mohd Noor, 58, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM300,000 kerana kesalahan cuba memperolehi rasuah lima tahun lalu.

http://ceria.my/rakyat/files/images/pertahan_rasuah1.jpgHakim Mahkamah Sesyen, Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menjatuhkan hukuman itu setelah tiga kali menangguhkannya kerana tertuduh menjalani rawatan sakit jantung di Hospital Pulau Pinang. 

Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun tertuduh diarah menjalani penjara empat bulan kerana gagal
membayar denda. 

Mohd Jamil melakukan kesalahan itu pada 27 Januari 2006 jam 11 malam di Kepala Batas. 

Dia cuba meminta wang suapan sebanyak RM60,000 daripada Arizal Mohd Arshad untuk menaikkan nilai pampasan pengambilan balik sebahagian tanah bagi meluaskan kawasan meletak kenderaan.-Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular