Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 15, 2011

Interlok: Bukti MIC Dipermain Umno-APCO!!



Presiden MIC, Datuk G. Palanivel meminta semua pihak berhenti membuat sebarang kenyataan berhubung buku teks Interlok sehingga panel bebas mengkaji bentuk pindaan yang sesuai mengenainya. 

Panel itu yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran dan dianggotai lapan orang yang terdiri daripada pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan, wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta wakil masyarakat India, akan mula bersidang esok. 

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan 59 orang, termasuk anggota Hindraf dan Parti Hak Asasi Manusia (HRP), yang menaiki kenderaan secara konvoi di empat negeri bagi membantah pengunaan novel itu sebagai buku teks komponen sastera (KOMSAS) bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia di Zon 2 iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan. 

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama ahli Majlis Tertinggi Pemuda MIC Kebangsaan Palanivel berkata: "Jadi biarlah versi yang sudah disunting ada. 

Apabila yang sudang disunting ada, saya akan tengok edisi pertama dulu... selepas itu saya boleh membuat apa-apa kenyataan." 

Palanivel yakin ahli akademik, penulis novel dan pakar-pakar yang terlibat dalam panel bebas itu akan meneliti buku itu dengan terperinci dan dapat mencapai suatu keputusan menang-menang yang akan memuaskan hati semua pihak. 

Palanivel berkata Kementerian Pelajaran telah menghentikan penghantaran bekalan novel itu untuk dijadikan KOMSAS untuk pelajar Tingkatan Lima di semua sekolah di ketiga-tiga negeri terbabit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular