Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 15, 2011

Tanya Azizah, berapa sewa hotel satu malam di Dubai?


Apa hal si Lokman Nor Adam tiba-tiba muncul berceramah mengenai pakaian DS Wan Azizah? Kisah pembelian pakaian DS Wan Azizah lebih 10 tahun dulu tiba-tiba menjadi antara topik ceramah si Lokman. 

Dakwaan itu pun belum tentu betul atau tidak. Tapi apa relevannya isu pembelian pakaian oleh DS Wan Azizah lebih 10 tahun lalu dengan keadaan dan kegawatan ekonomi semasa?

Mengapa si Lokman tidak melihat kemewahan DS Flom Rosmah berbelanja apabila berada di luar negara. 

Kira-kira tiga tahun lalu, Syed Azidi Aziz aka Sheih Kickdafella pernah mendedahkan DS Flom pernah berbelanja RM7 juta untuk membeli 14 utas jam tangan ketika berkunjung ke Hong Kong! RM500,000 untuk seutas jam tangan!!


Azizah: Baju saya tak semahal itu



Sesiapa yang pernah dengar ceramah Lokman Nor Adam pasti tidak mahu mendengar ceramahnya untuk kali ketiga kerana ceramahnya mengulang isu yang sama. Isu yang diutarakan tidak langsung dibuktikan hanya sekadar tuduhan beliau terhadap Anwar sekeluarga.


Isu Wan Azizah pakai baju mahal dah muak untuk didengar tapi diulang-ulang kerana Lokman dah tak ada isu. Namun , walaupun orang muak Utusan Meloya masih memberi tempat terhadap isu yang Lokman bangkitkan. 

Siapa yang akan percaya Wan Azizah pakai baju semahal itu, tapi jika Ro$mah boleh percaya, malah lebih mahal daripada itu pun ada.
pkr convention 281110 wan azizah wan ismail
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail cuma ketawa terhadap dakwaan pemimpin Umno bahawa beliau memakai pakaian terlalu mewah semasa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri.

Ditemui Malaysiakini hari ini, Wan Azizah (kanan) menafikan mengamalkan gaya hidup mewah, tetapi mengakui pakaiannya sedikit mahal ketika suaminya berada dalam kerajaan, berbanding sekarang.

Sambil berjenaka, Wan Azizah berkata, beliau gembira orang menganggapnya berpakaian dengan elok walaupun tidak mahal.

Dalam ceramah di Bayan Baru semalam, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.

Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular