Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 16, 2011

Dr Hasan Ali Beralih Kerusi Pru 13, Dun Gombak Setia Dapat Calon Baru ?

R. Ismail
Mengambil pengajaran dalam banyak kawasan yang PAS telah menang sebelum ini maka beberapa Dewan Undangan Negeri di Selangor bakal bertukar ADUN. Ini termasuk PAS dan juga PKR. Strategi ini dilakukan demi untuk meneruskan kemenangan yang berterusan oleh Pakatan rakyat khususnya di Selangor.
Walau bagaimanapun parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah pun mempunyai strategi untuk bukan sahaja memenangi semula semua kawasan sedia ada akan tetapi mahu menambahkan lagi jumlah penguasaan Dun-Dun bagi memperkuatkan majoriti kerajaan masing-masing. Termasuk perubahan seperti ini ialah Perak, Kedah dan juga Pulau Pinang.

Pesuruhjaya PAS Selangor yang sebelum ini pernah menjadi ADUN bagi kawasan Sungai Burung dan pada masa yang sama ahli parlimen Parit Buntar pada 1999 telah berpindah ke kawasan Gombak dan  memenangi Dun Gombak Setia pada 2008 yang lalu dengan majoriti selesa.

Tetapi kali ini ramai aktivis parti PAS Kawasan Gombak membayangkan pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak akan mengekalkan kerusi tersebut dan akan berpindah ke kerusi baru samada Paya Jaras ataupun di Sabak Bernam. Seorang tokoh tempatan dikatakan akan mengambilalih kerusi tersebut dari Dato Dr Hasan Ali antara lain bertujuan untuk terus mengekalkan kerusi tersebut di tangan PAS.
-tranungkite-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular