Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 16, 2011

Ziarah bekas Pengerusi Partai Komunis Malaya (PKM) di Banchulabhorn, Narathiwat

Cik Dat atau Abdullah CD minat membaca Harakah sebagai rujukan mengikuti perkembangan politik tanah air Malaysia yang tercinta

Tarmizi menyerahkan 50 naskah al-Quran untuk kegunaan Masjid Darul Aman yang tersergam di perkampungan Chulabhorn Patana 12

Cik Dat bertanyakan "khabo" orang Lambor kepada Tarmizi, kampung halaman kelahiran dan tapak mula perjuangannya menuntut kemerdekaan tanah air

Di tengah-tengah itulah Karimas, anak Cik Dat dan berbaju biru itu Anas Indera Jaya, suami Karimas. Anas anak kepada Abdullah Sudin. Mereka diijabkabulkan di dalam hutan ketika berjuang bersama dalam Rejimen ke-10

Sebelum berangkat pulang, Cik Dat memberikan "amanatnya" dan saya tak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan tokoh tersohor, pejuang dan perintis kemerdekaan ulung ini

Bekas Pengerusi Partai Komunis Malaya (PKM) Hj Abdullah CD atau Cik Dat Anjang Abdullah merupakan pembaca setia Harakah sejak sekian lama. Melalui akhbar ini, Abdullah atau lebih senang dipanggil Pak Lah dapat mengetahui perkembangan politik tanahair di Malaysia.

Ketika saya mengunjungi beliau 12 dan 13 Februari 2011 yang lalu di kediamannya di Banchulabhorn Patana 12, Narathiwat, Thailand, Cik Dat yang sedikit uzur, sedang tekun membaca lidah rasmi PAS yang terkini, Bil 1612 bertajuk "Turun Mubarak". Di sudut sebalah kiri pintu masuk ke rumahnya, ada banyak Harakah terdahulu yang disusun. 

Katanya,  Harakah dibeli dari seorang agen akhbar di Golok, setelah ianya dikumpulkan dua keluaran untuk satu minggu. Anak menantunya yang mendapatkannya di Pekan Golok. Beliau begitu gembira menyambut kedatangan saya ke rumahnya. 

Sebabnya dia tahu, saya datang dari Lambor, Parit Perak iaitu kampung halamannya. Cik Dat asal daripada Kampung Lambor Kiri dan saya daripada Kampung Lambor Kanan. Hanya Sungai Perak yang memisahkannya. Namun, jika disusur salasilahnya, Cik Dat dan saya ada tali persaudaraan. Sama-sama asal dari Maharaja Lambor dan daripada darah Tok Sagor yang keras menentang penjajahan Bristish.

Maharaja Lambor datang dari Sumetera berupa seorang pahlawan gagah berani. Begitu juga Tok Sagor yang menjadi anak Lambor. Banyak kisah menarik tentang Cik Dat yang berasal dari Lambor ini. Nanti diceritakan  dari masa ke semasa.

Saya datang ke "Kampung Perdamainan" ini bersama YDP PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin, bekas YDP PAS Tampin, Ali Maidin dan YDP PAS Bukit Bintang, Radhi Hashim. Nak ziarah tokoh tersohor seperti Cik Dat, pejuang gigih dan sarat dengan penderitaan.

Cikgu Ishak menyampaikan sumbangan duit untuk pembangunan Masjid Darul Aman. Sementara Ali pula, menyumbang untuk kemajuan Muzium  yang terdapat di dalam kampung berkenaan. Kemudahan asas seperti jalan, api elektrik dan air sudah tersedia. Dewan serba guna juga tersergam indah.

Saya juga dibawa melihat Sekolah Dasar (sekolah rendah) dan Pusat Asuhan Kanak-kanak. Semuanya percuma. Buku teks, yuran malah ada bantuan pakaian. Semuanya dibiayai oleh Kerajaan Thailand. Dalam masalah kesihatan, di sini ada didirikan Pusat Kesihatan. 

Di benak fikiran saya, jenuh membayangkan kehidupan mereka dari anggota Rejimen ke-10 Tentera Rakyat Malaya (TRM) berjuang di dalam hutan lebih 41 tahun lamanya. Malah, tempoh berundur dari Temerloh menuju ke Selatan Thai yang mengambil masa selama setahun melalui hutan belantara itupun, cukup memilukan.

Cuba bayangkan kehidupan di dalam hutan banat. Nyamuk, cengkerik, binatang bahaya. Hujan panas. Lapar dahaga. Curam, gaung. Tempat tidur dan lain-lainnya. Mereka sanggup menghabiskan umur lebih 41 tahun kerana mahu membebaskan negara ini dari cengkaman penjajah Inggeris.

Ketika ini, Umno tak ada lagi. Hanya PKM yang memekik untuk membebaskan tanahair dari penjajah. Sehinggalah Bristish mengharamkan PKM setelah dharurat dilambung tinggi. Ramai pemimpin rakyat marhain ditangkap dan dipenjara. Hanya PKM yang yang mengambil tindakan memikul senjata di hutan bagi memerdekakan Malaya ketika itu.

"Saya baca Harakah nak tahu perkembangan politik di tanah air (Malaysia). Maklumat lain dapat dari internet," ujarnya yang kini berusia 88 tahun. Di perkampungan ini tiada perkhidmatan internet seperti di Malaysia. Mereka terpaksa membeli alatan khas bagi membolehkan internet dilayari.  

Di bumbung rumah mereka, ada banyak para bola. Mereka boleh menontong beratus saluran tv melalui setalit tidak berbayar. Di Malaysia, Astro mengenakan bayaran, tetapi ini tidak terjadi di Thailand.

Isterinya Eng Miing Ching atau Hajah Suriani Abdullah, 87, kini terlantar sakit tua, dijagai oleh anak menantunya Karimas (anak Cik Dat dengan Suriani) dan Anas Indera Jaya (anak Abdullah Sudin). Rumah mereka bersebelahan sahaja. Tidaklah besar, diperbuat dari kayu dan diubahsuai bahagian bawahnya dengan batu-bata. 

Pada tahun 1944, Cik Dat mendirikan rumah tangganya dengan Rosnah Abdul Ghani, orang Lambor juga       dan mendapat seorang anak bernama Mohd Arif (kini sudah pencen dan tinggal di Kuala Lumpur). Perkahwinannya yang kedua pada 1955  dengan Suriani berketurunan Tionghua dan mendapat seorang anak perempuan, iaitu Karimas.

Kini mereka menetap di "Kampung Perdamaian" sudah 21 tahun, selepas termerai Penandatanganan Persetujuan Damai Hadyai, 2 Disember 1989 antara Thailand, Malaysia dan PKM. Kerajaan Thailand memberikan sejumlah tanah untuk berkebun dan tapak rumah. Rumah juga diberikan, begitu juga elaun untuk warga emas. 

Sila layari : SEJARAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular