Berita ini diambil dari salah sebuah blog terkenal gerombolan songkok tinggi, yang turut diiktiraf sebagai Blogger Kita oleh Utusan Malaysia. Blog tersebut ingin para pembaca percaya bahawa Anwar Ibrahim adalah lelaki di dalam video seks yang meletup baru-baru ini.
Penulis blog tersebut mengaku kononnya beliau sendiri telah bertemu dengan salah seorang wartawan Harakah, dan dimaklumkan bahawa wartawan tersebut yakin 100% bahawa Anwar Ibrahim merupakan pelakon video lucah.
Dalam keadaan Anwar Ibrahim yang sedang bergelut dengan perbicaraan mahkamah berhubung kes tuduhan liwat ke atasnya, mereka mahu kita percaya bahawa Anwar Ibrahim melakukan zina dengan pelacur cina pada 21 Febuari 2011 yang lalu, di dalam sebuah hotel dipercayai di ibu negara.
Lepas satu, satu, tuduhan yang sangat hina dilemparkan kepada Anwar Ibrahim, dan mereka mahu kita percaya bahawa Anwar Ibrahim sebagai seorang lelaki berumur 64 tahun yang tidak dapat mengawal nafsu seksnya memilih seorang pelacur cina untuk melampiaskan nafsu. Ummi Hafilda pula sebelum ini mendakwa ada lagi 18 video lucah Anwar Ibrahim berada dalam tangan seseorang.
Ummi Hafilda mahu kita percaya Anwar Ibrahim suka merakam adengan saat dia melakukan hubungan seks terlarang.
Tugas kerajaan untuk meraih sokongan rakyat menjadi terlalu mudah. Hanya perlu berfikir bagaimana untuk memberikan persepsi bahawa anwar Ibrahim adalah seorang lelaki gila seks dan juga pelakon video lucah.
Persoalannya di sini, adakah rakyat percaya?
ReJaM© "Gerombolan songkok tinggi tentu sekali percaya kah kah kah..."
Update: Ini pula jawapan daripada Wartawan Harakah yang dimaksudkan, [Harakahdaily]