Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, March 27, 2011

Sesumpah tak minat.. caye ke kah kah kah

"Gebang" sahaja lebih!...Saya dengar berita di Awani tadi. Cerita fasal Raja Sesumpah Ezam yang mengeluarkan kenyataan bahawa dia TIDAK BERMINAT untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Katanya, tiada perancangan untuk bertanding biarpun BN menawarkannya menjadi calon untuk mewakili parti itu. Walaupun tidak mahu bertanding, Ezam menegaskan bahawa dia akan membantu BN merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Saya tidak mahu mengulas panjang fasal Raja Sesumpah ini.

Saya cuma pelik kerana tatkala MP Katak sedang hebat membodek Najib untuk dicalonkan dalam pilihan raya akan datang, Si Raja Sesumpah ini pula sebaliknya. Adakah dia hanya hebat berkata-kata tetapi takut untuk berhadapan dengan rakyat? Raja Sesumpah seorang yang penakut? 

Dia melalak di media dan di lapangan ceramah memfitnah dan memburuk-burukkan pemimpin dan Pakatan Rakyat, namun tidak mahu bertanding dalam pilihan raya. Jika dakwaannya benar, dan setiap dakwaannya itu diterima oleh rakyat khususnya di Selangor, tempat yang lazim kelihatan dia dan puak UMCO mengadakan ceramah, mengapa takut untuk bertanding dalam pilihan raya?

abnnasution.blogspot.com

Edzam oh edzam......muahahahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular