Grab the widget  IWeb Gator

Monday, March 28, 2011

Video seks: Ada tangkapan atau tidak?


Walaupun polis telah bertindak bagi menyiasat saga pita video lucah yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang, namun kekeliruan terus berlegar sama ada, ada pihak yang ditangkap.

Bukan satu rahsia lagi, bekas ketua pemuda Umno yang juga bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah memberikan kenyataan mereka kepada polis selama lima jam pada malam Khamis yang lalu. 

Bendahari PERKASA, Datuk Shuaib Lazim - anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai ‘Datuk T’ yang mendalangi pendedahan video seks itu kepada wartawan memberi keterangannya, semalam. 

Mereka disiasat selepas menayangkan video seks yang menyaksikan seorang lelaki sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah bilik kepada wartawan terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur, Isnin lalu Bagaimanapun, portal berita the Star melaporkan adalah dipercayai dua lelaki ditahan berhubung siasatan seks itu dan beberapa jam kemudian mengemaskini berita tersebut dengan menamakan Rahim dan Eskay sebagi mereka yang ditahan itu. 

Dalam perkhidmtan SMS, mereka kemudian melaporkan pula kedua-dua mereka kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis. Akhbar harian Inggeris milik MCA itu kemudiannya memetik Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Ghazali Md Amin bahawa tiga orang telah ditangkap, pada versi sebelam malamnya. 

Akhbar harian Cina, Sin Chew menjejaki berita itu dan menyiarkannya di halaman utama. Bagaimanapun edisi cetak the Star hari ini pula melaporkan hanya dua orang ditangkap tetapi mereka bukan Rahim mahupun Shazryl Eskay. Tiada tangkapan? Kedua-dua Rahim and Shazryl Eskay, semalam telah menafikan bahawa mereka ditangkap polis sambil berkata mereka tidak menandatangani sebarang dokumen kecuali kenyataan yang dirakamkan. 

Kedua-dua mereka juga melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu the Star melaporkan bahawa mereka ditangkap sambil berkata pihak polis langsung tidak menyebut perkara itu kepada mereka. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar juga gelak berhubung laporan bahawa Rahim dan Shazryl Eskay telah ditangkap. "Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya kepada Bernama. 

Sehingga berita ini ditulis, tiada pengesahan mengenai sebarang tangkapan. Malah ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga ditunjukkan video lucah berkenaan berkata dia tidak ditangkap. 

Kes video seks itu kini diklasifikasikan polis untuk disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar bahan pornografi atau lucah. Anwar: Apa tangkapan? Pada ceramahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur, malam semalam, Anwar membidas sikap dwi standard yang diamalkan oleh polis. 

"The Star kata ada tangkapan. Semua ini tipu. Apa tangkapan? Mereka dibawa sekejap, kemudian dibebaskan. "Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat. “Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita. Kita bukan bodoh. 

Sebab apa dia (Datuk T) tidak tangkap, sebab dia pencacai Umno," kata Anwar kepada lebih 1,500 hadirin. Anwar bagaimanapun terpaksa meringkaskan ucapannya itu kerana campurtangan polis menyuraikan majlis ceramah berkenaan. Malaysiakini/- Regina Lee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular