Nantikan kemunculan sekeping gambar blogger pro-UMNO yang sedang meneguk arak ketika masuk waktu Maghrib. Gambar tersebut berada dalam keadaan selamat dan akan disiarkan secara serentak oleh beberapa blog Pakatan Rakyat !! Tarikh dan waktu publish gambar tersebut akan diuar-uarkan kelak.
Beberapa blogger UMNO juga telah panas bontot dengan khabar angin mengenai gambar peminum arak ini. Khabar-khabar angin ini berterbangan di ruangan twitterjaya, jadi sila daftar dan follow.
Ada di antara mereka yang tanpa segan sila mengatakan bahawa mereka bukanlah pemimpin parti jadi apa yang perlu dirisaukan sekiranya gambar mereka minum arak tersiar. Sudah hilangkah nilai islam di dalam sanubari mereka?
Ini jawapan saya buat blogger-blogger UMNO yang tidak putus-putus menabur fitnah - Hei Blogger UMNO, kamu diturunkan atas muka bumi ini sebagai khalifah / pemimpin !! Walau kamu bukan pemimpin kanan parti sekalipun, sekurang-kurangnya kamu pemimpin keluarga. Adakah maksudnya kalau bukan menteri atau ketua bahagian atau ketua cawangan, bermakna arak itu halal untuk kamu?
Mungkin blogger-blogger pro-UMNO ini terlalu banyak bergelumang dengan kejahatan UMNO mengfitnah pimpinan Pakatan Rakyat membuatkan mereka lupa ajaran Islam. Tidak habis-habis asyik dengan ketuanan melayu, maghrib-maghrib pun tonggang arak!! Tak sembahyang tu satu hal, minum arak lagi?
Harap semua pengunjung boleh bersabar dan tunggu gambar ini keluar dalam masa terdekat. Tujuan gambar ini bakal didedahkan bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi untuk menjadi pengajaran buat blogger-blogger UMNO yang perumpamaannya sebagai "Menyalak-nyalak tanpa sedar, ekor bergelumang tahi!"
EDYES @ edyesdotcom