Grab the widget  IWeb Gator

Monday, March 28, 2011

SIAPA SHEIKH AHMAD ROZI... SPRM WAJIB SIASAT!!!

Seorang usahawan menawarkan sebanyak RM5 juta untuk membeli Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) bagi menyelesaikan kemelut kira-kira 300 peniaga yang diarah berpindah ke tempat baru.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Mohd Fatmi Che Salleh berkata usahawan itu, Sheikh Ahmad Rozi Sheikh Ahmad yang juga Bendahari Umno Kota Baharu, sanggup membelinya daripada sebuah syarikat yang dilaporkan telah membayar RM3.8 juta kepada kerajaan negeri untuk bangunan pasar lama tersebut.


“Sheikh Ahmad Rozi telah menghubungi saya untuk menawarkan membeli bangunan itu semata-mata mahu menyelesaikan masalah peniaga yang telah diarah berpindah segera pada 30 Mac ini oleh syarikat terbabit.

“Saya harap syarikat terbabit setuju untuk menjual kepada beliau kerana ini bukan sahaja menyelesaikan masalah peniaga, tetapi syarikat itu juga akan mendapat keuntungan sebanyak RM1.2 juta,” katanya pada sidang akhbar hari.

(SPRM kene siasat kes nie... mana mamat nie dapat RM5 juta untuk beli... nak buat loan bank confirm tak lepas sebab atas market value...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular