Grab the widget  IWeb Gator

Monday, March 28, 2011

KEADILAN kongsi pembahagian kerusi di Sarawak dengan SNAP


KUALA LUMPUR: KEADILAN akan berkongsi pembahagian kerusi dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada Pilihan raya Negeri Sarawak manakala DAP dan PAS bertanding di 20 kawasan lain.

Sidang media Pakatan Rakyat mengenai pembahagian kerusi di Sarawak

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, DAP bertanding di 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS lima DUN dan baki 49 kerusi lagi ditandingi sama ada KEADILAN atau SNAP.
“Jumlah kerusi yang ditandingi bagi KEADILAN Akan diumumkan dalam masa terdekat selepas rundingan bersama SNAP,” katanya pada sidang media di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, hari ini.
Pakatan Rakyat bertanding di semua 71 kerusi DUN.
Penamaan calon bagi pilihan raya itu berlangsung 6 April ini manakala pembuangan undi 16 April.
(Laporan Lanjut Menyusul) 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9985
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular