Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 15, 2011

Ummi Hafilda bersumpah lagi.. disaksikan Raja Sumpah

Gambar Ehsan Proh Muhd Nazrin

“Seandainya berbohong, saya sanggup dilaknati Tuhan sehingga hari ini,” katanya sambil membiarkan aurat terdedah pada ceramah perdana anjuran UMNO Bahagian Kota Raja di sini, malam kelmarin..

KLANG: Ummi Hafilda Ali yang menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999, mengulangi sumpah laknat bagi menolak fitnah dilempar ke atasnya kerana membongkar perbuatan liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

(Gambar : UMMI HAFILDA menunjukkan dokumen untuk membongkar skandal Anwar sambil disaksikan Mohamad Ezam (kiri) di Klang, malam kelmarin.)

Beliau berkata, tindakannya itu bertujuan mempertahan maruah diri dan keluarga daripada terus dizalimi pemimpin pembangkang dan konconya.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, saya bersumpah tidak pernah diupah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau mana-mana tokoh politik bagi membuat keterangan bersumpah berkaitan salah laku Anwar.

“Seandainya berbohong, saya sanggup dilaknati Tuhan sehingga hari ini,” katanya pada ceramah perdana anjuran UMNO Bahagian Kota Raja di sini, malam kelmarin. Turut hadir bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Mohamad Ezam Mohd Nor.

Ummi Hafilda berkata, beliau melakukannya semata-mata untuk memerangi pembohongan Anwar yang juga Penasihat PKR.

“Anwar dan abang saya, Azmin membohongi rakyat dengan mengatakan saya dapat berjuta ringgit, saya dapat upah, saya dapat imbuhan dan lebih pedih lagi saya dikatakan tidak bermoral,” katanya sambil menambah mereka berbuat apa saja bagi menutup kemungkaran.

Beliau juga berang dengan perbuatan Anwar merosakkan pemikiran abangnya sejak Azmin berusia 24 tahun.

Ummi Hafilda juga menjelaskan beliau kembali ke arena politik kerana sudah muak dengan pembohongan Anwar dan Azmin yang semakin berleluasa.

“Sedikit masa lagi saya akan melancarkan peluru berpandu yang lebih hebat,” katanya yang sanggup kehilangan seorang abang daripada melihat 27 juta rakyat Malaysia huru-hara akibat perbuatan Anwar dan Azmin.

Sementara itu, Mohamad Ezam berkata, UMNO akan membantu Ummi Hafilda memerangi bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang menimbulkan kacau-bilau dan memecahbelahkan rakyat sejak 13 tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya sedia membantu serikandi itu kerana yakin fakta dibawanya benar. Langkah itu perlu bagi menyelamatkan negara daripada terus dirosakkan Anwar yang juga Penasihat PKR.

“Kita harus berterima kasih kepada Ummi Hafilda kerana sanggup mengorbankan diri untuk agama, bangsa dan negara hingga terpaksa membuang abangnya, Azmin. Kita juga sedia membantu bagi membongkar kemungkaran Anwar,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular