Dato’ Siti,
Dengan perasaan bimbang, saya ingin berbincang tentang video anda tentang Hari Valentin yang sedang disiarkan di Youtube.
Sebagai seorang penganut Kristian, saya menghormati dan juga ingin memperhatikan isu-isu sosial dari sudut pandangan ahli agama lain. Saya menghargai amaran anda supaya semua praktis sosial yang mahu dipraktis perlu dipraktis dengan was-was dan sejarah praktis itu perlu diteliti dari segi sejarahnya. Saya berpihak dengan puan untuk mengajari pemuda pemuda yang senang dipengaruhi tentang sejarah, maksud, dan sudut negatif Hari Valentine.
Saya juga menghormati pandangan Dato’ tentang status Hari Valentine dalam Islam dan saya tidak ingin masuk campur dalam pandangan Dato’ tentang apa yang haram dan apa tidak haram dalam Islam atau apa yang telah diajar oleh Nabi Muhammad.
Saya cuma ingin membangkang sudut pandangan Dato’ bahawa hal-hal sosial negatif seperti ‘clubbing’ dan seks tidak muhrim adalah tradisi masyarakat Kristian; “Maksiat, disco, couple bersunyi-sunyian ialah tradisi bagi masyarakat beragama Kristian.”
Saya bersetuju bahawa amalan amalan tersebut adalah tempias sosial daripada Negara Negara yang terlalu liberal (yang termasuk, tetapi tidak semestinya, negara negara ‘western’), tetapi untuk menyamakan aktiviti ini dengan tradisi penganut Kristian menunjukkan yang Dato’ sendiri telah mengabaikan nasihat puan sendiri untuk meniliti sejarah Kristian yang melibatkan Hari Valentin.
Ajaran Nabi Isa (Jesus Christ) bukanlah untuk mengamalkan aktiviti negative seperti yang telah disebutkan (dan menaikkan harga bunga melebihi 200%!), tetapi sebenarnya untuk memastikan yang dalam semua amalam, perasaan sayang dan cinta perlu ada.
Pada masa ini, ketua ketua gereja cuba memastikan bahawa pemuda Kristian perlu berwaspada dan berhati-hati dalam aktiviti yang mereka lakukan, untuk tidak membazirkan duit dan mengingati tuhan kami apabila mahu melakukan sesuatu.
Silalah faham yang saya menyokong perspektif Dato’ untuk menjaga pemuda pemudi negara ini daripada melakukan aktiviti negatif. Saya juga (salute?) peringatan Dato yang cinta romantis — walaupun menarik — datang dengan tanggungjawab dan kematangan yang tidak dilihat sebagai romantis, tetapi adalah sumber kepada cinta yang sebenar.
Semoga kami boleh belajar daripada ajaran satu sama lain.
* Alwyn Lau adalah pembaca The Malaysian Insider. Artikel ini telah diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris.
* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.