Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 15, 2011

PRU 13 dah Hampir - Kut2 ada udang dalam MAGGIE

4,000 Masyarakat India Tiada Dokumen Pengenalan Diri 






Anggaran 4,000 masyarakat India tempatan dikenal pasti tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata keadaan itu berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya kurang pengetahuan serta beberapa masalah lain.

Sehubungan itu, katanya Kempen Mydaftar peringkat kebangsaan mulai 19 hingga 26 Feb ini mensasarkan untuk mendaftarkan sebanyak mungkin masyarakat India tempatan yang tidak mempunyai dokumen diri yang sewajarnya.

"Kempen ini merupakan platform untuk masyarakat yang mempunyai masalah tampil ke depan dan berusaha menyelesaikan masalah itu," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan Kempen Mydaftar peringkat kebangsaan di sini hari ini.


Kempen selama lapan hari itu membabitkan proses mendokumentasikan masyarakat India tempatan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sewajarnya seperti sijil kelahiran, kad pengenalan serta masih memiliki kad pengenalan merah dan belum memohon status warganegara.

Ia dianjurkan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India bersama-sama Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Dalam Negeri dan disokong oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta turut dibantu badan bukan kerajaan (NGO), MIC, agensi kerajaan, guru, serta pertubuhan politik dan sukarelawan.

Subramaniam yang juga pengerusi pasukan petugas khas pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India dan Timbalan Presiden MIC turut mempelawa masyarakat kaum lain yang menghadapi masalah dokumen pengenalan diri untuk mendaftar pada kempen itu.

Sepanjang kempen itu sebanyak 85 kaunter khas JPN akan dibuka pada waktu pejabat termasuk Sabtu dan Ahad, katanya.

Katanya setiap negeri yang terlibat dalam kempen itu iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor akan mempunyai penyelaras utama dengan dibantu sukaralewan dari MIC dan NGO. - BH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular