Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 15, 2011

Hanafiah cabar kerajaan Terengganu laksanakan Hudud (Video di Dalam)

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0246.JPG
Chukai, KEMAMAN - Penolong Setiausaha PAS Terengganu mencabar kerajaan negeri Terengganu yang diketuai oleh Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah, Hudud dan Qisas yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas percakapan Ahmad disebuah sekolah disini baru-baru ini, yang menuduh PAS mengamalkan fahaman sekular kerana menghantar anak-anak ahli mereka ke sekolah kebangsaan.

Hanafiah yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai menolak dakwaan Ahmad dan mengingatkan kembali seluruh rakyat Terengganu bahawa pemerintahan PAS Terengganu yang telah meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai hukum tertinggi kerajaan Terengganu.

"Saya cabar Ahmad Said melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri,"katanya ketika berucap di majlis penerangan di Kampung Tuan, disini, Selasa 14 Februari

Katanya, undang-undang tersebut juga telah direstui oleh al-Sultan negeri Terengganu dan diwartakan

Namun apabila Umno dan Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan pada tahun 2004 undang-undang tersebut tidak dikuatkuasa.

Turut menyampaikan ucapan adalah ADUN Sura yang juga Yang DiPertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Ramly dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Presiden ANAK, Mazlan Aliman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular