Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 15, 2011

DUN Swak tak jadi bubar minggu ini


12 Rabiulawal 1432H [MOD] -
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata DUN tidak akan dibubarkan minggu ini untuk memberi laluan bagi pilihan raya negeri.

Taib, yang juga pengerusi BN Sarawak berkata adalah tidak benar yang beliau akan menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng Jumaat ini untuk mendapatkan kebenaran untuk membubarkan DUN yang mempunyai 71 kerusi, yang penggalnya tamat pada Julai ini.

"Saya tidak tahu. Orang-orang ini boleh mereka-reka berita mengikut sesuka hati mereka tetapi saya tidak dapat sahkan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan dan perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Kota Samarahan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dalam satu portal berita semalam yang memetik satu sumber di Astana Sarawak yang menyatakan telah dihubungi Pejabat Ketua Menteri pada minggu lepas untuk menetapkan 18 Februari sebagai tarikh perjumpaan dengan ketua negeri bagi tujuan itu.

"Berita adalah berita. Betul atau tidak betul, lihat dulu lah," kata Taib, yang juga menafikan yang beliau telah menghubungi Abang Muhammad Salahuddin semalam kerana seharian beliau tidak berada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat jawatankuasa perancang.(Bernama)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular