Sunday, January 2, 2011
GEMPAR 2011: 3 Skandal seks pemimpin BN bakal didedah dalam tempoh terdekat oleh Sabahkini.net??
Oleh: Pria Malaya
"Hoi..kalau betul tak buat, apesal senyap? report la kalau benda ni fitnah..Papa Gomo tunggu..."..begitulah antara ayat-ayat blogger pro-Umno, Papa Gomo dan team 'Nadi Rakyat' ketika menjaja isu ADUN Selising kononnya berzina beberapa minggu yang lalu...
Bagi mereka, jika benar benda yang diheboh2kan ini tidak benar, atau fitnah semata-mata, maka yang tertuduh sebenarnya mudah untuk membersihkan diri atas prinsip berani kerana benar..
Namun sehingga kini, isu yg mengaitkan menteri tertinggi Umno mencabul amah warga Indonesia masih tidak dijawab oleh yg tertuduh, walaupun blogger tersohor negara pro-kerajaan sendiri yg mendedahkannya..sementara media2 perdana pro-Umno dilihat cuba menyembunyikan isu ini dari pengetahuan rakyat..
2011, tahun bongkar skandal seks pemimpin?
Kali ini, belum pun terjawab isu menteri rogol amah, satu lagi pendedahan yang agak menggemparkan negara dibuat oleh sebuah laman web, Sabahkini.net...
Terdapat 3 isu panas yang didedahkan oleh Sabah.net dalam lamannya..ingat, tuduhan ini sangat berat!..dan penulis menyokong sepenuhnya agar tertuduh menyaman Sabahkini.net andai berita ini tidak benar...pada Sabahkini.net, kecelakaanlah bagi kamu andai isu ini sengaja dicipta dan direka-reka...kamu bertanggungjawab atas laporan ini..
Akhir kalam...penulis tetap dengan prinsip penulis, yang tertuduh tidak bersalah selagimana belum dibicarakan ATAU dibuktikan bersalah oleh mahkamah...fikir2kan..wallahua'lam...
ISU PANAS 1 - Skandal seks pembantu menteri dan Ketua Puteri Umno?
"Manakala seorang Pembantu Menteri yang masih berkhidmat di Sabah juga mempunyai rekod merogol pembantu rumah dan adik iparnya namun kes tersebut ditutup begitu sahaja. Pembantu menteri berkenaan kini mempunyai Skandal Seks dengan Ketua Puteri UMNO. Sabahkini.net akan membuat pendedahan lengkap setelah mendapat nasih peguam."
**baca seterusnya di SINI..
ISU PANAS 3 - Skandal menteri Kabinet Persekutuan?
MENJELANG pilihanraya umum Ke-13, Sabah akan menjadi medan pembongkaran Skandal Seks para pemimpin UMNO, terutama melibatkan beberapa VVIP yang sedang hangat dijaja di kedai kopi hingga di lobi parlimen dan pejabat Perdana Menteri.
Seorang menteri Kabinet Persekutuan yang mempunyai anak luar nikah dan terpaksa mengahwinkan wanita yang dihamilinya dengan adik kandungnya bagi menutup Skandal Seksnya dikhabarkan mempunyai satu lagi skandal yang baru.
Namun seorang VVIP tidak kurang hebatnya kerana walaupun beragama Islam, namun mempunyai anak luar nikah dengan seorang wanita serani bernama Benebin Peter yang kini menetap di London.
Benebin merupakan anak seorang bekas Pengurus Besar sebuah syarikat yang ada hubung kait dengan bekas Ketua Menteri Sabah iaitu Bintang Baru kini mempunyai suami, namun masih berhubungan dengan VVIP tersebut..
**baca seterusnya di SINI..
ISU PANAS 2 - Skandal seks Shahidan Kassim?
PAK LAH HALALKAN ROGOL, UMNO HALALKAN ZINA?
TINDAKAN Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi (Tun) bersubahat menyembunyikan kes 376 Kanun Keseksaan yang dilakukan oleh Menteri Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, (Februari 2006 sehingga 15 Februari 2008) Datuk Seri Utama Rais Yatim pada 2007 merupakan tindakan tidak bermaruah Perdana Menteri ketika itu.
Selain kes Datuk Rais Yatim, Pak Lah juga menyembunyikan kes perzinaan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan membenar beliau bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 telah menandatangani watikah perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis sekalipun tanpa persetujuan Raja Perlis.
Ketika itu, Pak Lah meresetui perzinaan antara Shahidan dengan seorang gadis sehingga gadis tersebut mengandung dan Shahidan memaksa gadis berkenaan menggugurkan kandungan.
Murut fakta kes, mangsa telah bertemu Pak Lah bersama Doktor yang menggugurkan kandungannya dan beberapa VIP yang mengetahui Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah enggan mendengar aduan mereka kerana begitu sayang kepada Shahidan.
Perkara ini bukan rahsia lagi kerana semua jemaah menteri tahu Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah mempertahankan Shahidan atas sebab yang tidak diketahui.
Walaupun selepas 10 Adun telah menulis surat rasmi kepada Pak Lah untuk menolak kepimpinan dan perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis, namun Pak Lah mengganggap sepuluh adun berkenaan memfitnah Shahidan.
Bahagian Penerangan UMNO Perlis telah menghubungi Bernama Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Shahidan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Istana Raja Perlis di Kuala Lumpur ketika itu.
Menurut satu sumber, Hashim Suboh yang memainkan peranan sebagai jurucakap media Shahidan dan mengetuai pakatan untuk menjatuhkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Mohd Radzi bagi membolehkan Shahidan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dan enggan mendengar nasihat dan pandangan menteri kanan seperti Radzi.
Ketika itu, Shahidan telah mengarahkan Hashim memungut nama para pemberita dan wartawan yang membantu beliau dalam kempen pilihanraya umum ke 12 lalu dengan menjanjikan Pakej Umrah secara percuma.
Mereka ini mengatakan bahawa Tuanku Raja Perlis lembut hati dan akan tetap melantik Shahidan sebagai Menteri Besar.
Menurut maklumat daripada sumber terdekat dengan Istana bahawa pada hari tersebut sahaja, Shahidan telah berulang alik sebanyak tiga kali dari Kuala Lumpur ke Perlis untuk mengejar Raja Perlis agar merestui perlantikannya sebagai Menteri Besar.
Namun, Baginda Raja Perlis masih enggan menandatangani Watikah Perlantikan Shahihan atas sebab kebejatan moral walaupun Pak Lah telah memberi watikah sendiri kepada Shahidan dan meminta Shahidan berundur.
Selain skandal seks berkenaan, Shahidan turut terpalit dengan pelbagai skandal kerana disifatkan ramai pemimpin Perlis sebagai 'Beraja Di Mata dan Bersultan Di Hati.'
Tanpa mempedulikan Skandal Seks Shahidan, UMNO Malaysia pula menghalalkan perlakuan zina dengan melantik Shahidan sebagai Timbalan Badan Perhubungan UMNO Perlis pada 27 Disember 2010.
Selain kebejatan moral pemimpin UMNO Semenanjung, Pak Lah turut melindungi Skandal Seks pemimpin UMNO Sabah dan berkenan memilih mereka sebagai calon yang bertanding pada pilihanraya umum Mac 2008.
Adun Lahad Datu, Datu Nasrun Datu Mansur (Datuk) terpalit juga dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan dengan isteri orang yang juga bekas pekerja di syarikat guamannya.
Walaupun Nasrun telah membayar sejumlah RM500,000 kepada suami mangsa dan mangsa telah menarik balik laporan polis, namun kes berkenaan telah ditutup begitu sahaja, termasuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga ramai penduduk Lahad Datu beranggapan bahawa ‘Rogol’ bukanlah kes jenayah kerana boleh ditutup sekalipun semua bukti telah terdedah.
Seorang lagi Adun yang mengalami kebejatan moral yang dipilih bertanding mewakili UMNO ialah Adun Tempasuk, Datuk Haji Musbah Jamli yang mempunyai Skandal Seks dengan pembantu rumah dan adik iparnya serta mempunyai kes dengan BPR, namun Pak Lah telah memilih beliau mewakili Tempasuk.
Manakala seorang lagi Adun yang pernah menjadi banduan di Indonesia, Datuk Haji Harman Mohammad yang dibenarkan bertanding di DUN Sulabayan, Sabah sekalipun beliau tidak layak kerana baru setahun dibebaskan daripada penjara Indonesia (atas ehsan UMNO) sedangkan Anwar terpaksa menunggu selama lima tahun sebelum boleh aktif dalam politik.
Sumber: Sabahkini.net
TOP Ten Minggu INI
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Tolak Sistem Biometrik Serlahkan Pemikiran Terlalu Ortodoks Pas Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas berfikiran kuno kerana menolak cadang...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
Mengapa BR1M diumum RM 1200 dalam akujanji BN yang lepas? Kos untuk melaksanakan ini adalah melibatkan peruntukan hampir RM 11 Billion.
-
Sensasi terkini yang cuba dipolimikkan oleh UMNO adalah terhadap kebarangkalian yang bakal menjadi KM Melaka pada masa hadapan sekiranya Pak...
-
Seorang usahawan menawarkan sebanyak RM5 juta untuk membeli Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) bagi menyelesaikan kemelut kir...
-
Saudara Pengarang, SIKAP ganas dan tidak bertamaddun yang dipamerkan oleh Jabatan Hutan dan beberapa agensi kerajaan yang lain dalam menan...
-
Bersih2 adalah agenda rakyat, menuntut system demokrasi yang betul. Dalam suasana aman rakyat mengautur agenda untuk himpunan tersebut ,tiba...
-
WarkahDaily – Tak sangka aku, ramai bebenar ahli kabinet Najib tergolong dari orang yang tak cerdik. Inilah akibatnya bila melantik oran...
-
Apabila kerajaan membuat keputusan memperkenankan permintaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menaikkan tarif elektrik, penderitaan penyedia uti...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??