Nampaknya petanda jelas yang Pilihanraya Umum Ke-13 bakal berlangsung pada awal hingga pertengahan tahun depan nampaknya semakin menjadi kenyataan sekarang ini. Melihat kepada serangan demi serangan yang dilakukan oleh puak-puak UMNO BN terhadap Pakatan Rakyat mutakhir ini, maka ia sudah pasti merupakan satu isyarat jelas ke arah itu.
Seperti biasa juga, antara tanda-tanda besar yang ia pasti akan berlaku ialah kerajaan akan memberi “gula-gula” kepada rakyat dengan menurunkan harga barangan tertentu dan menaikkan pula harga barangan komoditi yang lain. Ini semua bagi memancing undi dan membuktikan kononnya kerajaan mendahulukan rakyat. Akhirnya ramailah rakyat yang tidak berdosa tertipu dengan permainan politik jahat UMNO BN ini.
Terbaru, bekas pemimpin UMNO dan Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik (foto) semalam umumkan kenaikan harga getah yang tertinggi pernah dicapai dalam sejarah industri itu di Malaysia. Harga getah di pasaran kini mencecah RM14.13 sen sekilogram dan dijangka kekal pada paras tertinggi sehingga pertengahan tahun depan. Beliau yang merupakan Pengerusi RISDA, mengatakan harga getah di pasaran dunia kini mencatatkan sejarah baru kerana mencecah RM14 sekilogram berbanding RM4 lima tahun lalu.
[Apa yang menarik, inilah yang berlaku sebelum pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 dulu. Namun, selepas beberapa bulan pilihanraya maka harga kembali turun menjunam seperti yang telah dijangka. Inilah juga yang akan berlaku pada tahun 2011 ini. Harga getah akan naik dan kekal sehingga pertengahan tahun iaitu tempoh yang dijangkakan akan berlakunya Pilihanraya Umum ke-13 itu jelas sekali merupakan satu usaha terdesak UMNO BN untuk menagih undi rakyat sebenarnya. Soalnya sekarang, apakah rakyat akan terus tertipu lagi pada kali ini atau mereka akan mengajar UMNO BN dalam pilihanraya umum nanti?].